Pintasan → entri / sidebar / RSS




1254176033_8bad2a4b1f_o.jpg

Bangun..Bangun..Bangun..Kau masih tidur lagi tatkala orang lain sedang sibuk menyambut hari kermerdekaan Malaysia(jam baru 9:21 pagi semasa artikel ini ditaip).Mungkin kau masih lagi mengantuk kerana baru balik daripada menyambut ambang merdeka malam tadi?Atau kau masih dibuai mimpi manis?

Entri ini ditulis sebagai tanda ku menghargai nilai sebuah kemerdekaan,keamanan,keharmonian dan segala jenis ke-an lagi. Kau tahu bagaimana rasanya hidup dalam porak-poranda?Dalam ketakutan?Dalam kemiskinan?Kau cubalah bayangkan hidup kau tanpa ‘hand phone’ sahaja cukuplah.Betapa runsing hidup kau kan?Ataupun kau punya ‘hand phone’ tapi tak punya kredit?Memang tersiksakan?
Selanjutnya»

mh_02_big.jpg

 

Malam tadi tepat jam 8:45 waktu Malaysia, sepak mula bagi perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka edisi ke 39 pun di antara Malaysia dengan Myanmar bermula dan hampir 90+5minit selepas itu perlawanan berakhir.Hasilnya?Kau ingat?Kita masih ditakuk lama?Acapkali kalah di bumi sendiri?Di depan penyokong sendiri?Tidak, malam tadi sungguh istimewa bagiku, bagi sekalian penyokong bolasepak Malaysia. Barangkali sebagai hadiah ulang-tahun pembebasan Malaya daripada cengkaman British yang ke-50. Malaysia menang 3-1, hasil jaringan dua orang wira negara Zaquan Adha Razak(12m) dan Safee Sali(73m). Satu lagi gol?Diberi oleh wira Myanmar Khin Maung Lwin(56m), hasil tampanan ke gawang sendiri di dalam percubaan untuk ‘clearance’ bola tersebut. Macam mana gol?Safee Sali gelecek bola sampai dalam kotak penalti, nak bagi kat Zaquan Adha Razak tapi terkena kaki Khin Maung Lwin.

Kau lihat perlawana itu?Ya, ku lihat perlawanan yang membuatkan ku hilang selera untuk makan itu di cafe kolej ku. Banyak gerakan cantik daripada pemain tengah, through pass pun cantik. Through pass yang cantik inilah yang membawa kepada gol ke-3 Malaysia, pemain Malaysia(bawah21) sudah tahu buat hantaran bola dengan cantik! Banyak percubaan daripada Malaysia dan ku lihat, Myanmar lebih banyak menyerap serangan Malaysia. Sepakan percuma pun sudah banyak yang menuju ke pintu daripada yang melayang entah ke mana, itukan lebih baik.

Selanjutnya»

asblogger.jpg

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Secara rasminya, mulai hari ini dan seterusnya. Ku akan mulai berblog di atas pelantar(paltform) wordpress walaupun tidak berapa kenal akan control panelnya dan juga optionnya sebagaimana ku mengenali blogspot dan fungsinya.

Terima kasih kepada kau blogspot, kerana sehingga kini membenarkan ku menggunakanmu dengan sewenang-wenangnya dan juga percuma!Haha. Dan ku akan terus menggunakanmu sehingga bila-bila. Jasamu akan ku kenang.

Sebenarnya, ku memberanikan diri untuk menggunakan wordpress walaupun tak berapa kenal akan optionnya kerana ingin mencuba sesuatu yang baru. Domain sendiri. Web hosting sendiri. Semua itu ku gunakan wang. Mungkin lebih baik bagi ku gunakan duit itu untuk top-up atau perbelanjaan ku sahaja. Tapi semata-mata untuk memuaskan hati ku, k u tak kisah untuk melaburkannya. Itu kerana ku seorang yang fanatik tentang geeks!
Selanjutnya»

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!