Pintasan → entri / sidebar / RSS




Asblogger kini telah pun berjaya menggunakan Worpress versi baru 2.3 dengan kod nama ‘Dexter’, macam nama cerita kartun daaa.Terima kasih diucapkan kepada Rahsiablogger kerana memberikan tutorial yang amat berguna sekali.

Kali pertama upgrade Wordpress dengan pengalaman menggunakan Wordpress sebanyak 20% tapi alhumdulillah tak ada apa-apa kerosakan pun yang dikesan buat masa ini.Terketar-ketar upgrade blog tadi tapi disebabkan prinsip ‘software kalau rosak boleh buat lagi, kalau hardware lainlah‘.Dengan selambanya upgrade(25:09:07,19:00) :mrgreen: .Kalau jumpa bug tolong beritahu saya ya.

Asblogger sudah upgrade, anda bila lagi?

Dalam minggu ini sahaja, banyak perkara baru terjadi di internet.Tentang mybloglog yang sekarang ini boleh di’log-in dengan yahoo ID sahaja.Tentang google memperkenalkan perisian google presentation di dalam perisian google docs’nya.Wordpress2.3 akan keluar beberapa jam lagi, sudahkah anda bersedia?

Kini, namsahaz.com iaitu perumah kepada blog(hosting) ini pun sudah bertukar wajah.Menampilkan ciri-ciri rekaan web2.0 yang memanglah cun dan juga mereka sudah punya blog sendiri.

Namsahaz.com versi web2.0

Selanjutnya»

Kali ini ada info menarik yang hendak dikongsikan dengan rakan-rakan bloggers berkenaan ranking dan make money online blog.Ketika melawat sebuah blog untuk mencari bahan bagi post akan datang, terjumpalah satu senarai top100 bagi blog/web yang memfokuskan niche blog/web mereka tentang make money online.

Dan yang pastinya, blog daripada bloggers Malaysia pun tersenarai dan ini memang membanggakan.Antara blog tanah air yang tersenarai ialah Sabahan, 5xmom, blogohblog dan rajawang(mengikut turutan semasa).[update; ke48-Miriguy]

Ranking di atas di’hostkan oleh 45n5 berdasarkan Google PageRank, Technorati Rank, and Alexa Rank blog-blog berkenaan.Jika anda pergi melawat senarai tersebut, cuba amati apa yang ada(pengajaran) pada blog-blog yang disenaraikan?

Selanjutnya»

Tadi semasa saya ingin memeriksa akaun mybloglog, sudah terperasan pun logo baru mybloglog yang memaparkan logo yahoo di sebelahnya.Terdetik di hati, apa maksudnya?

Rupa-rupanya, yahoo sudah mengintegrasikan sistemnya ke dalam mybloglog.Dengan ini, anda sudah boleh menggunakan yahoo Id anda untuk memeriksa akaun e-mail dan juga akaun mybloglog. Sebenarnya, mybloglog memang kepunyaan yahoo tetapi baru kini yahoo mengintegrasikan sistem mereka di dalam mybloglog.

Baru-baru ini juga, yahoo telah memperkenalkan beberapa perkara baru seperti yahoo mash iaitu laman web sosial dan juga telah menukar antara-muka enjin carian yahoo search kepada yang lebih cun lagi.[via amanz]

Kepada yang mahukan akaun yahoo mash, bolehlah tinggalkan e-mail yahoo anda kerana yahoo mash ini masih di peringkat beta lagi dan saya perlukan e-mail anda untuk create yahoo mash anda.Siapa yang mahu sajalah.Heee…

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sedar tak sedar dah 10hari umat islam menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan ini.Tinggal 20hari lagi umat islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, hari kemenangan kita semua. Maka kad raya lah yang sering kita kirimkan bagi mengucapkan selamat berhari-raya dan memohon ribuan kemaafan.Jadi kepada yang online selalu dan malas nak mengirimkan kad raya itu, apakata anda kirimkan kad-raya elektronik(e-kad) kepada rakan-rakan melalui laman web e-zakat.

Selanjutnya»

Page 2 of 7«1234567»