Post ini ku rangkuman daripada post mohdismail yang hendak ku kongsikan kerana ia membuatkan ku(mungkin kau juga) tersenyum lebar?Mengapa?Hehe…
Tak lama lagi, Malaysia akan punya satu lagi talian baru iaitu U Mobile dan ini menjadikan 4 kesemuanya(Maxis, Digi dan Celcom). Daripada mohdismail, nombornya akan bermula dengan 018-XXXXXXX. Apa yang membuatkan ku tersenyum ialah Malaysia akan merasai pengalaman menonton tv(Mobile Live TV) melalui hp dengan teknologi DVB-H selain daripada perkhidmatan 3G.
Setakat ini tiada apa-apa maklumat lagi daripada laman web U Mobile tapi anda boleh baca press release nya.Dengan ini, impian ku untuk membeli Nokia N93 hampir menjadi kenyataan.
Dan, Malaysia akan punya satu lagi pilihan bagi talian broadband iaitu daripada Netlynx .Netlynx menawarkan kelajuan talian daripada 2Mbps hingga 10Mbps dengan harga yang berpatutan.
Dengan ini, kelajuan internet diharapkan akan bertambah laju. Cuma kini, tinggal lagi WiMax masih tiada apa-apa berita setelah kerajaan mengeluarkan lesennya.WiMax oh WiMax, datanglah engkau.




