Pintasan → entri / sidebar / RSS




Jika artikel sebelum ini saya menulis tentang perisian untuk screencasting iaitu Camtasia Studio,untuk artikel kali ini saya akan memperkenalkan kepada anda perisian untuk screen capture iaitu SnagIt.Sama seperti Camtasia Studio,SnagIt ialah hasil daripada TechSmith.

Kebiasaanya,kita selalu melakukan screen capture menggunakan button Shift+PrtSc dan paste di Microsoft Office Picture Manager.Kemudian barulah kita buka perisian lain seperti Photoshop atau Paint untuk mengedit gambar tadi.

Tetapi dengan SnagIt,screen capture menjadi lebih interaktif,fleksibel dan juga mudah.Anda boleh memuat-turun perisian SnagIt versi7.0 ini secara percuma.Semasa artikel ini ditulis,perisian SnagIt terbaru ialah versi8.0 dan untuk mendapatkannya anda perlulah membelinye.

Selanjutnya»

Mungkin anda terlalu sibuk dengan perihal virus dan spyware tetapi melupakan satu lagi ancaman daripada para cracker atau hacker.Ancaman daripada virus dan spyware hanya digerakkan oleh pengaturcaraan yang mana bergantung kepada penciptanya tetapi ancaman daripada para cracker atau hacker adalah secara terus-menerus.Jika para cracker dan hacker ini berjaya memasuki komputer,maka komputer anda akan dikuasainya.Bagi mengurangkan ancaman daripada merakalah firewall diperlukan namun tak semua perisian firewall yang mampu kita beli.

Jadi mari saya perkenalkan kepada Comodo Firewall Pro 3,perisian percuma ini menghalang daripada program tertentu daripada melakukan sambugan ke internet tanpa pengetahuan anda dan juga membolehkan anda mengawasi segala trafik internet yang keluar-masuk melalui komputer anda. Selanjutnya»

Assalamualaikun dam salam sejahtera,

Kembali mengemaskini blog ini setelah hampir 2 minggu dibiarkan berspam dan bersesawang.Sebelum ini saya ada memperkenalkan kepada anda perisian anti-virus full version dan pada kali ini saya ingin memperkenalkan pula perisian untuk screencasting iaitu Camtasia Studio.

Camtasia Studio ialah perisian untuk screencasting iaitu melakukan penggambaran di desktop anda.Contohnya jika anda membuat video tutorial bagaimana untuk meng’update antivirus AVG, anda tak perlu memasang handycam atau apa-apa menghala ke desktop anda.

Selanjutnya»

Muat-turun perisian berbayar iaitu ZoneAlarm Anti spyware secara percuma hari ini sahaja.Dapatkan perlindungan daripada spyware untuk komputer anda.Kepada yang sebelum ini pakai pirate atau crack,bolehlah pakai yang berlesen.

  • Apa yang anda dapat?
    Lesen penuh ZoneAlarm Anti-Spyware.
    Perisian termasuk ZoneAlarm firewall dan spyware scanner.
    Update setahun percuma.
    Satu lesen untuk satu komputer.

Muat-turun melalui laman web CheckPoint iaitu pembuat perisian ini.Tawaran ini sah sehingga Nov 14 (05:00 PST),bukan waktu Malaysia tapi waktu Eropah.Sementara masih ada,muat-turunlah perisian ini.

Ranking unversiti Malaysia

Menurut the star keluaran 13 November 2007 bertajuk Malaysian varsities not in top 100 lists,nampaknya tiada satu pun universiti di Malaysia ini yang berada di tangga 100 teratas.Mahupun top 200.

Anda boleh muat-turun laporan universiti tangga 100 di dunia di topuniversities dan cuba lihat universiti dunia yang berada dalam senarai tersebut.

Universiti-universiti ulung seperti Cambrigde,Harvard dan Oxford masih lagi berada di tangga teratas.Mungkin kita patut kecilkan sedikit skop pemerhatian kita dengan melihat senarai universiti Asia Tenggara pula.Ada dua universiti Singapura berada di kedudukan top 100.

Bagi senarai Asia,universiti-universiti daripada Jepun,China,Korea Selatan dan Taiwan berada di kedudukan top 100 dan top 200.

Selanjutnya»

Page 1 of 3123»