Pintasan → entri / sidebar / RSS




Selamat

Sudah beberapa hari kita melangkah masuk ke tahun baru 2008 dan yang pastinya, banyak pembaharuan yang akan kita lakukan terutamanya sebagai penulis blog atau ‘blogger’.Sebagai blogger, antara perkara yang boleh kita lakukan ialah mencari tema baru untuk blog kita.

Di sini saya senaraikan beberapa tema baru daripada beberapa blogger yang boleh anda gunakan dan tema Wordpress ini pastinya Buatan Malaysia:

o2 2.0:

More Info | Download | Live Demo

Damai:

More Info | Download | Live Demo

Freicurv:

More Info | Download | Live Demo

FTW 2.0:

More Info | Download | Live Demo | FTW 1.0

Biru 2.0:

More Info | Download | Live Demo

Sebenarnya, Wordpress telah pun mengeluarkan Wordpress versi baru iaitu 2.3.2 beberapa hari yang lepas.Jadi kepada yang belum mengemaskini Wordpress anda silalah berbuat demikian.Kenapa anda perlu kemaskini?Walaupun versi 2.3.2 ini tidak mengandungi ‘update’ keselamatan tetapi ia mengandungi ‘update’ untuk ‘bug’ yang terkandung pada Wordpress versi sebelumnya iaitu 2.3.1.’Bug’ ini membolehkan sesiapa sahaja melihat artikel anda yang berada dalam status ‘draft’.

WordPress 2.3.2 is an urgent security release that fixes a bug that can be used to expose your draft posts. 2.3.2 also suppresses some error messages that can give away information about your database table structure and limits and stops some information leaks in the XML-RPC and APP implementations.

More Info | Download

Jadi kepada sesiapa yang belum mengemaskini Wordpress anda silalah berbuat demikian atau artikel anda akan dirompak oleh orang lain.Bagaimana anda tahu bila perlu mengemaskini Wordpress versi terbaru?Jika anda melihat status seperti di bawah pada dashboard,silalah ‘update’.

Seperti kebiasaannya,seperti hari-hari sebelumnya jika laptop saya mendapat sambungan jaringan internet tanpa wayar.Saya akan mengemaskini kini Feed Reader saya supaya saya tak ketinggalan dengan segala maklumat berkenaan blogosphere.

Berita yang paling banyak keluar di bahagian blogger Malaysia pada Feed Reader saya ialah berkenaan domain Advertlets yang telah pun lupus.Kalau tak salah saya,lebih kurang 4 blog yang bercerita tentang domain tersebut yang telah pun lupus.

Antara blog yang bercerita tentang domain Advertlets yang telah tamat tempoh ialah blog Amanz.Net, MohdIsmail.Com, Cypherhackz.Net dan Hongkiat.Com.Bagaimana anda boleh tahu sesuatu domain itu telah atau akan luput?Bagi domain yang telah luput,laman web’nya bukanlah laman web yang sebenar seperti yang telah terjadi pada laman web sebenar Adverlets.

Gambar Ihsan Amanz.net.

Selanjutnya»

happy-new-year.jpg

Semalam merupakan hari pertama bagi tahun baru tahun 2008 dan hari ini,hari kedua kita berada di tahun baru tahun 2008.Rasanya tak terlambat lagi bagi saya mengucapkan Selamat Tahun Baru.Semoga tahun ini akan menjadi lebih baik daripada tahun lepas tahun 2007.Segala azam yang tak tercapai pada tahun lepas bolehlah dibawa pada tahun ini dan bagi azam yang telah dicapai sepanjang tahun lepas,tahun ini bolehlah memulakan azam yang baru.

Dan seperti tahun-tahun sebelumnya,akan ada sambutan tahun baru yang diadakan di bandar-bandar besar seperti KL,Ipoh,Penang dan lain-lain.Siap dengan segala hiburannya dan juga pertunjukkan bunga api,namun mentaliti kita masih tak berubah walaupun angka tahun bergerak meninggalkan kita.

Kepada para pembaca asblogger.com,maaf dipinta andai ada terkasar bahasa sepanjang tahun 2007.Maaf juga kerana baru hari ini saya berpeluang untuk menulis,dengan masalah sambungan internet yang tiada,kerja-kerja publisiti bagi program yang saya sertai dan juga kerana kesibukkan minggu daftar kos di U saya.

InsyaAllah,tahun ini tahun akhir saya di U.Doakan kejayaan saya di sini dan semoga saya akan cepat-cepat mendapat kerja setelah saya tamat belajar.

Nantikan artikel-artikel menarik daripada saya pada edisi akan datang!

Wassalam…

awqi_zar a.k.a naem