Pintasan → entri / sidebar / RSS




Bagi yang sudah lama berblog menggunakan domain dan hosting seperti di *.blogspot.com dan juga *.wordpress.com,kini tiba masanya untuk anda mempunyai domain dan hosting sendiri tanpa mengeluarkan walau satu sen pun.Mari saya kongsikan beberapa program yang boleh anda sertai untuk mendapatkan domain dan hosting percuma ini.

iCalvyn domain and hosting sponsorship program:
Sempena sambutan ulang-tahun pertama iCalvyn.com,blog tersebut mengadakan program tajaan percuma domain dan hosting bagi mereka yang telah mempunyai blog percuma.

Domain dan hosting ini ditaja sepenuhnya oleh iCalvyn.Com dan MyExHost.com dengan domain dan segala kandungan blog anda menjadi hak anda dengan syarat anda mecapai beberapa keperluan:

Keperluan:
1. Kemaskini blog anda sekurang-kurangnya 2kali seminggu.
2. Anda diwajibkan membina traffic ke blog,pada bulan ke-6 anda harus mempunyai 100 unique visitor/day dan pada bulan ke-11 mempunyai 200 unque visitor/days bermula dari tarikh penajaan.
3. Anda wajib mengekalkan banner dan link penajaan di blog anda.

Apa yang anda dapat dari penajaan ini:

1. 1 nama Domain(.Com .Net .Org)
2. 1 GB ruang Hosting
3. 10 GB Bandwidth
4. 1 MySQL Database (permohonan untuk tambahan boleh dibuat)
5. 1 FTP (permohonan untuk tambahan boleh dibuat)
6. 1 Mail Account (permohonan untuk tambahan boleh dibuat)
7. Cpanel Web Hosting Control Panel

Segala maklumat sila lawati iCalvyn.Com atau emailkan kepada ClickMe@iCalvyn.com” dengan Subject “Domain & Hosting Sponsorship Program” Tajaan hanya untuk 50orang sahaja buat masa ini! Siapa cepat dia dapat.

Info: Maklumat di atas dialihbahasa daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia dan adalah sedutan daripada artikel penuh,Asblogger.Com tidak bertanggungjawab di atas kesalahan tafsiran yang wujud.Sila lawati blog icalvyn.Com untuk maklumat lanjut.Tujuan post untuk berkongsi maklumat sahaja.

Hyperwebenable.com:

Visit this site.

Services provided by us:

1. Complete free services no hidden cost.
2. Free Website like www.yourname.com.
3. Multiple free websites also provided.
4. Free web space of 1 GB.
5. Unlimited email ids for your website like (info@yahoursite.com,contact@yoursite.com).
6. PHP 4.x
7. MYSQL (Unlimited databases).
8. Unlimited Bandwidth.
9. Free 51 free scripts to install in your website(like Blog scripts,Forum scripts,Content management scripts, Wiki).
10. We install extra scripts on request.
11. Hundreds of free templates to select.
12. Technical support by email.

[more info]

Selanjutnya»

Apabila virus menyerang komputer dan laptop,anda resah sepanjang hari.Cepat-cepat anda capai perisian antivirus dan mulakan operasi ’search and kill’.Tiada istilah ‘virus baik’ bagi virus komputer.Disebalik perilaku virus ini yang buruk,wajahnya pun buruk juga.Beberapa wajah virus yang digambarkan oleh pelukis berdasarkan beberapa perkara.

[via psfk]

Untuk santapan hujung minggu,saya ingin berkongsi dengan anda trailer filem Iron Man,Speed Racer dan The Incredible Hulk.Untuk Baby 80an seperti saya,anda membesar bersama-sama kartun-kartun ini.Dahulu semasa zaman kanak-kanak ribena,tak terfikirkan pun bahawa cerita hero ini boleh dijadikan filem tapi kini semuanya tak mustahil bukan dengan kehadiran CGI dan sebagainya.Apa lagi,layannn…

[kml_flashembed movie="http://www.youtube.com/v/EzvAJg7gThU" width="425" height="350" wmode="transparent" /]

Speed Racer

Selanjutnya»

Engine carian seperti Yahoo!,Google dan Ask sudah terlalu biasa bagi kita.Enjin carian ini umpama mesin pencari jawapan bagi tiap-tiap persoalan kita.Daripada mencari jawapan bagi soalan assignment hinggalah membantu mencari fail-fail seperti musik,video dan sebagainya untuk di muat-turun.

Tahukah anda?Enjin pencarian ini adalah jenis umum yakni tidak menumpukan kepada sesuatu bahagian carian di internet dunia tanpa sempadan ini!Maka lahirlah Twing.Com iaitu enjin carian yang dicipta hanya untuk mencari sesuatu di forum-forum.Hasilnya,Twing telah membantu mengecilkan skop pencarian anda di internet dengan menumpukan kepada forum-forum yang ada di internet.

Antaramuka enjing pencarian Twing yang merangkumi pencarian melalui Posts,Topic dan Forum.

Percubaan menggunakan Twing dengan mencari kata kunci ‘make money’ menemukan saya kepada banyak forum dan antaranya Malaysia Bloggers Forum yang membincangkan perihal membuat duit.

Walaupun Twing masih di tahap Beta,ia sudah mampu meng’indeks puluhan ribu forum-forum yang ada di serata dunia.Namun,kebanyakkannya hanya kata kunci dalam Bahasa Inggeris yang mempunyai lebih banyak keputusan berbanding Bahasa Malaysia.Tetapi ia sudah cukup baik bagi sesuatu yang masih di tahap Beta ini.

Bagi yang tak tahu lagi,GMail mempunyai satu fungsi istimewa yang tak terdapat pada e-mail provider lain iaitu kebolehan menukar e-mail ke dalam bentuk Feed yang akan dibaca oleh FeedReader.Feed ini hanya untuk e-mail yang belum dibuka terutamanya e-mail yang baru sahaja masuk(feed for unread e-mail).

Sebelum itu,anda perlukan FeedReader yang menyokong fungsi authentication dan pihak GMail sudah pun menyenaraikan beberapa reader yang menyokong fungsi tersebut.

Tambahkan code di bawah pada FeedReader anda;
http://mail.google.com/mail/feed/atom/ - feed untuk e-mail terbaru
http://mail.google.com/mail/feed/atom/labelname/ - feed untuk e-mail dengan label tertentu
http://mail.google.com/mail/feed/atom/unread/ - feed untuk fungsi unread di GMail.

Untuk keselamatan,tukarkan http kepada https dan pastikan anda tidak berkongsi feed GMail dengan orang lain.

[daripada GoogleSystem]

Page 3 of 5«12345»