Pintasan → entri / sidebar / RSS




PIKOM PcFair kembali lagi dan seperti tahun-tahun lepas acara ini akan dijalankan tiap-tiap 4 bulan sekali.Acara ini telah pun bermula pada minggu lepas di beberapa tempat iaitu Johor Bahru,Taiping,Kuching,Sandakan dan Tawau.Dan disambung pada minggu ini sebelum menutup tirai Edisi1 bagi tahun 2008 di Pulai Pinang,Melaka,Sibu,Miri dan Seri Manjung pada minggu hadapan.

11 - 13 April 2008
11:00 am - 9:00 pm

KL Convention Centre, Kuala Lumpur
Kuala Lumpur City Centre, 50888 Kuala Lumpur

Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak
Jalan Stadium Perak, 31400 Ipoh

Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang
Jalan Tun Ismail, Sri Dagangan, 25000 Kuantan

Dewan Milenium, Kepala Batas, Penang
Bertam, 13200 Kepala Batas

Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar, Johor
Jalan Arab, 84000 Muar

[sumber PIKOM portal]

LOL membawa maksud Laughing At Loud bagi yang tak tahu lagi,terima kasih bat dari Infomalaya kerana menerangkan maksud Internet Slang ini.Jika tidak,hingga ke hari saya tak pasti apa maksudnya.Kebiasaannya,perkataan LOL akan diletakkan di akhir ayat menyuruh orang ketawa sekuat-hati(perasan lawak la tue).Huhu…

NSFW

Jadi hari ini,mari saya perkenalkan dengan satu istilah internet baru iaitu NSFW akronim daripada Not Safe For Work.Istilah ini dicipta untuk menunjukkan sesuatu perkata biasanya link atau URL tersebut tak selamat untuk dibukan di tempat awam terutamanya di dalam pejabat anda.NSFW disebabkan link tersebut mengandungi unsur-unsur kelucahan yang melampau atau sebagainya.

Contoh penggunaan:

http://www.realitylapse.com (NSFW)
NSFW diletakkan di akhir URL untuk menunjukkan link tersebut NSFW.

Pasti anda banyak melihat link seperti di atas di blog-blog yang pernah dilawati.Dan bagi memudahkan penyamaran lagi,sebuah laman web yang berkonsepkan seperti Tinyurl atau MoUrl telah dicipta.Dengan menggunakan alamat nsfw.in,url anda akan dipendekkan.

Contoh kependekkan:

http://www.realitylapse.com + http://nsfw.in = http://nsfw.in/568e5b

Bagi yang sudah tahu maksud NSFW,pasti anda tak akan terkena tetapi bagi yang tak tahu maksud NSFW alamat terbukalah laman-laman yang mengarut.

Percaya atau tidak,dengan hanya menggunakan kod Java a.k.a. Javascript sahaja game Super Mario yang ringkas dapat dibina.Walaupun hanya sebesar 14kB sahaja,game ini bukan sahaja dalam bentuk warna nyata(bukan hitam putih) tetapi lengkap dengan midi yang telah dikecilkan.

Untuk memulakan permainan,’klik’ tetingkap game Super Mario pada browser untuk mengaktifkannya dan jika anda telah ‘mati’,sila refresh semula browser.Game ini boleh dimainkan di browser Firefox, Opera, Safari dan tetapi dengan ‘performance’ yang berlainan.

Saiz 14kB:
Dengan muzik | Tanpa muzik
Saiz 35kB:
Dengan muzik | Tanpa muzik

Kod asal java game Super Mario boleh didapatkan di laman web penciptanya.

Bayangkan 4096 L.E.D. membentuk sebuah kiub bersaiz 16X16X16 grid yang berfungsi menayangkan imej 3D dalam pelbagai warna dan bentuk.Kiub yang direka oleh sebuah syarikat dari China iaitu Seekway mampu menayangkan animasi sehingga 30 fps dan tiap-tiap LED yang membentuk kiub tersebut boleh ditetapkan warnanya dan kepekatan cahayanya.

[kml_flashembed movie="http://www.youtube.com/v/Aj3_v7xCyJ0" width="425" height="350" wmode="transparent" /]

[sumber: technabob]


Time.Com telah melakukan satu poll untuk mencari 25 blog paling bernilai dari pelbagai sudut topik,blog berkaitan politik hinggalah ke teknologi.Daripada senarai ‘Top 25 blogs’ tersebut,pastinya anda kenal beberapa nama blog.Yang pasti,blog teratas bukanlah satu blog atas domain sendiri tetapi berasaskan domain blogspot.com.Yang berharga pastinya tak terletak pada domain tetapi pada idea topik yang dibawakan oleh blog indexed.blogspot.com.

Page 4 of 4«1234