Pintasan → entri / sidebar / RSS




Baru-baru ini,Google telah pun mengeluarkan Google Safe Browsing yang berfungsi untuk memeriksa samaada laman web atau blog tertentu mempunyai malware. Fungsi ini merupakan kemas-kini pada fungsi ‘malware warning’ yang ada pada enjin carian Google. Google Safe Browsing ini menunjukkan status blog atau laman web secara ’standalone’ iaitu mempunyai page sendiri.

Gunakan pautan ini; http://www.google.com/safebrowsing/diagnostic?site=XXXXX ,gantikan XXXXX dengan URL blog atau laman web anda sendiri dan tekan ‘enter’. Dalam beberapa saat sahaja, Google Safe Browsing akan menunjakkan status blog anda.

http://www.google.com/safebrowsing/diagnostic?site=asblogger.com

Antara perkara yang diperiksa:
1. What is the current listing status?
2. What happened when Google visited this site?
3. Has this site acted as an intermediary resulting in further distribution of malware?
4. Has this site hosted malware?

Mahukan tema untuk blog Wordpress anda ala-ala Digg.Com?Apa kata anda gunakan Digsem iaitu tema Wordpress hasil daripada gabungan idea tema Digg dan SEM (Search Engine Marketing). Tema Digsem ini hampir menyamai tema laman Digg.Com dan yang pasti, tema ini boleh dimuat-turun tanpa dikenakan apa-apa bayaran (percuma).

[more][demo][download]

Seperti juga tema Digg, tema ini menggunakan header berwarna biru dan hijau dengan latarbelakang warna putih, mempunyai 2 kolum dan lengkap dengan butang ‘Digg’.

Walaupun mesra Search Engine Marketing, tema Digsem ini tidak mesra Adsense bagi yang mengutamakan Adsense sebagai sumber utama ‘make money online’nya. Bagi yang mahukan tema yang mesra Adsense, anda patut mencuba tema EasyWordpress oleh saudara Gobala.

Saban hari, ada sahaja video yang akan dipadamkan daripada laman Youtube untuk tontonan umum. Biasanya video yang dipadam adalah yang melanggar akta hak cipta video tersebut kerana Youtube tertakluk di bawah Digital Millennium Copyright Act dan ia perlu memadamkan video yang melanggar akta tersebut.

MIT Free Culture telah menjalankan satu projek yang dinamakan YouTomb, projek ini mengindeks segala video yang telah dipadamkan dari Yotube. Ia bukan sahaja mengindeks video yang telah dipadam tetapi juga menyimpan maklumat seperti masa ia dipadam, masa ia berada di Youtube, url video tersebut, masa video tersebut di muat-naik dan juga pihak yang mempunyai hak ke atas video tersebut atau pun pihak yang menyuruh pengurusan Youtube untuk memadamkan video tersebut.

Selanjutnya»

Dunia online telah mengalami revolusi semenjak internet tercipta dan antara yang telah mengalami revolusi atau pembaharuan ialah medium untuk berkomunikasi iaitu chat. Jika dahulu chat adalah melalui mIRC iaitu perisian untuk menjalankan IRC tetapi kini chat lebih banyak dilakukan melalui perisian seperti Yahoo! Messenger, Gtalk, MSN messenger dan perisian lain.

mibbit.com

Kini, dunia IRC yang sebegitu popular dahulu telah mengalami kemajuan dengan anda boleh mengakses IRC tanpa perlu menggunakan perisian mIRC. IRC kini boleh diakses dengan menggunakan laman web iaitu melalui laman mibbit.com. Walaupun telah beralih ke platform web, mibbit.com masih mengekalkan ciri-ciri yang ada pada mIRC dan boleh dikatakan mibbit.com ini mempunyai semua fungsi yang pada mIRC tetapi lebih maju lagi.

Selanjutnya»

Bagi yang meminati bidang rekaan atau ‘design’ menggunakan perisian Adobe Photoshop, anda patut muat-turun Ebook “The Photoshop Anthology” kerana ianya percuma. Ebook setebal 278 muka-surat boleh anda muat-turun melalui laman Sitepoint Dot Com, hanya berikan email anda dan pautan untuk muat-turun ebook tersebut akan diberikan.

Ebook percuma ini ada hadnya, anda ada lebih kurang 27 hari lagi untuk muat-turun The Photoshop Anthology ini(semasa artikel ditulis). Dan bagi yang tak mahu memberikan email, anda boleh muat-turun ebook The Photoshop Anthology melalui pautan di blog Digital Inspiration.

Page 4 of 7«1234567»