Pintasan → entri / sidebar / RSS




Kali ini ku ceriterakan kepada kau perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Kedah dan Perak, dua gergasi bola sepak ini akan bertemu di Stadium Bukit Jalil malam ini.Seperti biasa, kalau nak tahu maklumat tentang bola bolehlah pergi ke blog zool dan ku baru saja melawat blog hal bola beliau. Ada pembetulan ya zool, antara Kedah dan Perak itu sebetulnya.

Selanjutnya»

Sejak web memasuki generasi baru iaitu web2.0, web bukan sekadar web yang pegun sahaja tapi ia menjadi lebih interaktif lagi.Lihatlah sajalah digg, del.icio.us dan juga stumbleupon, ia bukan sekadar web maklumat tetapi juga medium perkongsian maklumat yang menarik.

Kini daripada founder digg iaitu Kevin Rose, lahirlah pownce.com. Dengan pownce, kini kau boleh kongsikan apa-apa sahaja dengan kawan-kawan kau.Mungkin kau mahu berkonsi berita, tulis saja message.Atau mahu berkongsi link, kongsikan sahaja ya.Berkongsikan fail pun kau boleh juga.Interaktifkan?

Antaramuka di laman pownce.

Selanjutnya»

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini ku ada post istimewa sedikit kerana ku ingin berikan e-book panduan install percuma kepada kawan-kawan.Kau tak perlu subscribe atau daftarkan diri kau dengan ku ya.Cuma harap-harap kau rajin datang lagi ke blog ku ini yang tak seberapa ya.InsyaAllah selagi dizinkan tuhan, tiap-tiap minggu atau selang seminggu ku akan hadiahkan kawan-kawan ku e-book percuma yang ada dalam simpanan ku.Daripada tak dibaca langsung, baik ku beri kepada orang lain kan.

Untuk edisi pertama ini, ku akan berikan e-book panduan install wordpress karya saudara amanz dan juga Brandon Booth.Selain itu, ku sertakan sekali panduan asas untuk membuat theme sendiri.Walaupun ada panduan membuat theme sendiri di internet seperti di blog cypherhackz atau muat-turun theme percuma di blog Bob, mungkin kau mahukan yang bertulis kan.

Panduan install WP karya amanz.net

 

Selanjutnya»

Kau mahu tukarkan format file kau atau lagu kau atau video kau tapi kau tak punya masa dan tak ada software nya.Tapi koneksi internet kau elok!Apa kata kau tukarkan saja formatnya di atas talian?Mudah bukan?Tapi di mana?

 Online cenverter.

Zamzar.Com bukan zamzam ala kazam ya.Web ini menyediakan pertukaran format secara online.Mereka boleh tukarkan dokumen, imej, lagu atau video kau secara percuma.Selain itu, kau boleh tukarkan file flash di internet iaitu *.flv di sana juga, kau cume perlu pergi ke sini.

Selanjutnya»

Kau mahu tahu enjin percarian yang bijak?Ya, kini segala-galanya sudah menjadi bijak sebabnya semuanya berotakkan komputer.Kalau kau berotakkan komputer atau lagi hebat super komputer, mungkin kau lebih hebat daripada Elbert Einstein pengasas teori kerelatifan am.

Wajah aftervote.com

Enjin pencarian yang bijak, mari ku perkenalkan kepada kau aftervote.com.Mengapa ia bijak, kerana ia mencari maklumat yang kau mahu melalui tiga enjin percarian gigantic iaitu google, yahoo dan msn. Selepas itu, maklumat akan dihantar ke database aftervote dan diprosese mengikut tahap kepentingannya.Jikalau kau mencari maklumat tentang sesebuah web, ia akan rankingkannya berdasarkan Alexa dan juga Google pagerank.

Selanjutnya»