Pintasan → entri / sidebar / RSS




Bak kata pujangga,” sebuah gambar menggambarkan seribu satu perkataan”. Dengan hanya menggunakan sebuah gambar sahaja, orang lain akan faham apa maksud yang ingin anda cuba sampaikan. Di dalam penulisan artikel, gambar atau imej penting untuk menerangkan maksud penulisan dan bagi artikel berbentuk tutorial, ia penting sebagai penunjuk.

Bagaimana anda mencari imej yang ingin digunakan?Melalui Google?Atau Flickr?Bagi saya, lebih mudah untuk mencari gambar atau imej di Flickr sahaja kerana laman ini memang menumpukan kepada gambar sahaja. Bagi memudahkan lagi pencarian, apa kata anda gunakan Compfight.Com iaitu enjin pencarian ajax yang menumpukan carian di dalam flickr sahaja.

Selanjutnya»

Tema wordpress asal daripada Bat InfoMalaya dan diedit oleh awqizar dengan sedikit penambahan, tema asal boleh dimuat-turun di blog Bat di mohdhuzairy.com.

p/s: Cubaan untuk Asides
p/s/s: Mungkin selepas ini Asides akan banyak digunakan

Untuk tema konsep seperti ini, boleh muat-turun tema berdasarkan K2 yang diberi nama K9 di blog Zeo.

Baru-baru ini,Google telah pun mengeluarkan Google Safe Browsing yang berfungsi untuk memeriksa samaada laman web atau blog tertentu mempunyai malware. Fungsi ini merupakan kemas-kini pada fungsi ‘malware warning’ yang ada pada enjin carian Google. Google Safe Browsing ini menunjukkan status blog atau laman web secara ’standalone’ iaitu mempunyai page sendiri.

Gunakan pautan ini; http://www.google.com/safebrowsing/diagnostic?site=XXXXX ,gantikan XXXXX dengan URL blog atau laman web anda sendiri dan tekan ‘enter’. Dalam beberapa saat sahaja, Google Safe Browsing akan menunjakkan status blog anda.

http://www.google.com/safebrowsing/diagnostic?site=asblogger.com

Antara perkara yang diperiksa:
1. What is the current listing status?
2. What happened when Google visited this site?
3. Has this site acted as an intermediary resulting in further distribution of malware?
4. Has this site hosted malware?

Mahukan tema untuk blog Wordpress anda ala-ala Digg.Com?Apa kata anda gunakan Digsem iaitu tema Wordpress hasil daripada gabungan idea tema Digg dan SEM (Search Engine Marketing). Tema Digsem ini hampir menyamai tema laman Digg.Com dan yang pasti, tema ini boleh dimuat-turun tanpa dikenakan apa-apa bayaran (percuma).

[more][demo][download]

Seperti juga tema Digg, tema ini menggunakan header berwarna biru dan hijau dengan latarbelakang warna putih, mempunyai 2 kolum dan lengkap dengan butang ‘Digg’.

Walaupun mesra Search Engine Marketing, tema Digsem ini tidak mesra Adsense bagi yang mengutamakan Adsense sebagai sumber utama ‘make money online’nya. Bagi yang mahukan tema yang mesra Adsense, anda patut mencuba tema EasyWordpress oleh saudara Gobala.

Saban hari, ada sahaja video yang akan dipadamkan daripada laman Youtube untuk tontonan umum. Biasanya video yang dipadam adalah yang melanggar akta hak cipta video tersebut kerana Youtube tertakluk di bawah Digital Millennium Copyright Act dan ia perlu memadamkan video yang melanggar akta tersebut.

MIT Free Culture telah menjalankan satu projek yang dinamakan YouTomb, projek ini mengindeks segala video yang telah dipadamkan dari Yotube. Ia bukan sahaja mengindeks video yang telah dipadam tetapi juga menyimpan maklumat seperti masa ia dipadam, masa ia berada di Youtube, url video tersebut, masa video tersebut di muat-naik dan juga pihak yang mempunyai hak ke atas video tersebut atau pun pihak yang menyuruh pengurusan Youtube untuk memadamkan video tersebut.

Selanjutnya»