Pintasan → entri / sidebar / RSS




Tak lama lagi, BarCamp pertama Malaysia adakan diadakan pada penghujung bulan 7 ini. Apa itu Barcamp? Dengan meminjam kata-kata Wikipedia.Org, Barcamp ialah:

BarCamp is an international network of user generated conferences — open, participatory workshop-events, whose content is provided by participants — often focusing on early-stage web applications, and related open source technologies, social protocols, and open data formats.

[via Wikipedia]

BarCamp Malaysia ini akan diadakan pada:
July 26-27, 2008
Saturday 10:00 AM-6:00PM (official section)
Hangout time 6pm to Sunday morning
Sunday 10:00 AM-2:00PM

Bertempat di:
ITrain
Wisma MCIS Annexe, Jalan Barat, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Untuk maklumat lanjut berkenaan sumbangan, jadual dan bagaimana untuk mendaftarkan diri, sila lawati laman BarCamp Malaysia.

Lain-lain:

Pautan:

Top100 startups by Webware:

Senarai 100 startups atau aplikasi atas talian bagi tahun2008 yang boleh anda pilih untuk dicuba dan digunakan di dalam kehidupan seharian.

Top100 techblogger by Techcrunch:

Senarai blogger yang menulis tentang teknologi berdasarkan Techmeme yang boleh anda gunakan sebagai panduan dalam menulis artikel berkaitan dengan teknologi. Anda juga boleh melanggan feed blog-blog mereka sebagai tambahan maklumat dan juga sebagai bahan untuk artikel anda.

Top100 CMS in technorati by Cmswire:

Senarai content management system yang menduduki senarai 100 teratas di dalam Technorati Top Blog, tak semua blogger menggunakan Wordpress sebagai platform untuk mereka berblog. Malah platform percuma seperti blogspot juga menjadi pilihan. Yang penting, isi kandungan serta cara penyampaian di dalam artikel sesuatu blog.

Top100 search engine by Altsearchengines:

Senarai 100 enjin carian yang boleh anda cuba untuk mencari maklumat yang diperlukan, ada di antara enjin carian di dalam senarai ini yang mendahului google mahupun yahoo dalam cara pencarian dan cara hasil carian itu dipersembahkan.

Top100 tools and resources for Finding Cheap Computer Parts by Rewardprograms:

Senarai 100 tool dan sumber untuk digunakan sebagai panduan dalam membina komputer peribadi anda.

Top100 people by Time:

Senarai 100 insan yang paling berpengaruh semasa untuk tahun 2008, salah seorang insan yang menduduki senarai 100 teratas ialah bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu DSAI. Selain itu, ada juga blogger yang mendapat tempat di dalam top100 tersebut iaitu pemilik dan penulis blog teknologi terkenal techcrunch iaitu Michael Arrington.

Top100 film by Timesonline:

Senarai filem pelbagai genre yang berada di kedudukan 100 teratas,

Tambahan:

Top100 twitter by twitterboard.

Top100 comic books by comicbookresources.

Trafik…

Ya,dengan nama yang sebegitu gah anda akan dapat trafik yang tinggi.Itupun jika anda seorang yang dikenali ramai terutamanya yang terlibat di dalam politik dan punya blog di internet.Anda akan mendapat trafik yang tinggi.

Apa kaitannya?Mungkin ramai yang sudah tahu tapi saya pasti ada juga yang masih tak tahu yang mantan Perdana Menteri Malaysia Dr. Mahathir telah pun melancarkan blog peribadinya dengan menggunakan nama glamour’nya chedet sebagai alamat.

Walaupun baru dilancarkan (saya kira) kerana baru mempunyai dua artikel,blog Dr. Mahathir telah menerima hit sebanyak 101835 (statistik ketika post ini ditulis).Hoho.Nasib-baiklah blog Dr. Mahathir di blogspot,kalaulah di hosting biasa mahunya down blog tersebut.

Statistik semasa:
Artikel : 2
Komen pada artikel pertama : 904
Komen pada artikel kedua : 0 < Dr. baru post kot
Statistik semasa : 101835 (sehingga jam 6.20 p.m.)

Lawatilah blog CheDet di www.chedet.com.

Blog pemimpin lain yang boleh anda lawati:
www.drkhir.com
mohdalirustam.blogspot.com
www.rembau.net.my/index.asp
anwaribrahimblog.com

p/s: Bilangan blog di atas tak menggambarkan ideologi penulis blog ini.

Selain Google Analytic,anda boleh gunakan beberapa tool seperti iWebtrack-FREE Website Monitoring atau Brand new must have SEO / SEM tool. Experts raving, Drive traffic today untuk track statistik blog.

Anda baru sahaja membeli sebuah domain untuk dijadikan blog tapi masih lagi dalam perancangan untuk merencanakan blog anda itu atau tak punya masa untuk mengemas-kininya.Jadi,jangan biarkan domain baru tersebut kosong atau ‘under construction‘ yang tak sedap mata memandang.

[more][live demo][download]

Ambil beberapa langkah mudah ini,masuk ke ‘control panel’ seterusnya mulakan instalasi Wordpess dengan Fantastico De Luxe. Dan muat-naik theme LaunchPad dengan perisian ftp supaya domain anda mula menampakkan batang hidungnya.

Apa yang menjadikan sesuatu blog itu memang blog dan benar-benar hidup ialah disebabkan wujudnya komunikasi di antara penulis blog dengan pelawat.Komunikasi ini wujud dalam bentuk dua hala melalui komen pada artikel atau shout pada ‘chat box’.Komen pada artikel biasanya ulasan,tambahan maklumat ata pertanyaan berkenaan artikel tersebut.

 

Namun,bagaimana pula jika pertanyaan tersebut lari dari artikel tersebut atau pertanyaan dihantar pada post terdahulu yang membuatkan anda tuan punya blog tak tahu adanya pertanyaan?Jadi di sini datangnya Askablogr.Com yang memudahkan anda sebagai penulis untuk menkjawab dan pelawat sebagai orang yang bertanya.Askablogr.Com ialah plugin mudah yang diletakkan pada sidebar berfungsi sebagai kotak pertanyaan.Pelawat akan menulis sebarang pertanyaan pada kotak tersebut dan anda akan menjawabnya.

Askablogr.Com bukanlah sekadar kotak soal-jawab di antara anda dan penyoal tetapi anda boleh jadikan sesi soal-jawab tersebut sebagai artikel di blog anda!Sedikit-sebanyak,Askablogr.Com memudahkan anda untuk mencari idea bagi menulis artikel dengan menggunakan sahaja sesi soal-jawab itu sebagai artikel.

Selanjutnya»

Page 1 of 3123»