Pintasan → entri / sidebar / RSS




Tak lama lagi, BarCamp pertama Malaysia adakan diadakan pada penghujung bulan 7 ini. Apa itu Barcamp? Dengan meminjam kata-kata Wikipedia.Org, Barcamp ialah:

BarCamp is an international network of user generated conferences — open, participatory workshop-events, whose content is provided by participants — often focusing on early-stage web applications, and related open source technologies, social protocols, and open data formats.

[via Wikipedia]

BarCamp Malaysia ini akan diadakan pada:
July 26-27, 2008
Saturday 10:00 AM-6:00PM (official section)
Hangout time 6pm to Sunday morning
Sunday 10:00 AM-2:00PM

Bertempat di:
ITrain
Wisma MCIS Annexe, Jalan Barat, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Untuk maklumat lanjut berkenaan sumbangan, jadual dan bagaimana untuk mendaftarkan diri, sila lawati laman BarCamp Malaysia.

Lain-lain:

Pautan:

Mahukan tema untuk blog Wordpress anda ala-ala Digg.Com?Apa kata anda gunakan Digsem iaitu tema Wordpress hasil daripada gabungan idea tema Digg dan SEM (Search Engine Marketing). Tema Digsem ini hampir menyamai tema laman Digg.Com dan yang pasti, tema ini boleh dimuat-turun tanpa dikenakan apa-apa bayaran (percuma).

[more][demo][download]

Seperti juga tema Digg, tema ini menggunakan header berwarna biru dan hijau dengan latarbelakang warna putih, mempunyai 2 kolum dan lengkap dengan butang ‘Digg’.

Walaupun mesra Search Engine Marketing, tema Digsem ini tidak mesra Adsense bagi yang mengutamakan Adsense sebagai sumber utama ‘make money online’nya. Bagi yang mahukan tema yang mesra Adsense, anda patut mencuba tema EasyWordpress oleh saudara Gobala.

Top100 startups by Webware:

Senarai 100 startups atau aplikasi atas talian bagi tahun2008 yang boleh anda pilih untuk dicuba dan digunakan di dalam kehidupan seharian.

Top100 techblogger by Techcrunch:

Senarai blogger yang menulis tentang teknologi berdasarkan Techmeme yang boleh anda gunakan sebagai panduan dalam menulis artikel berkaitan dengan teknologi. Anda juga boleh melanggan feed blog-blog mereka sebagai tambahan maklumat dan juga sebagai bahan untuk artikel anda.

Top100 CMS in technorati by Cmswire:

Senarai content management system yang menduduki senarai 100 teratas di dalam Technorati Top Blog, tak semua blogger menggunakan Wordpress sebagai platform untuk mereka berblog. Malah platform percuma seperti blogspot juga menjadi pilihan. Yang penting, isi kandungan serta cara penyampaian di dalam artikel sesuatu blog.

Top100 search engine by Altsearchengines:

Senarai 100 enjin carian yang boleh anda cuba untuk mencari maklumat yang diperlukan, ada di antara enjin carian di dalam senarai ini yang mendahului google mahupun yahoo dalam cara pencarian dan cara hasil carian itu dipersembahkan.

Top100 tools and resources for Finding Cheap Computer Parts by Rewardprograms:

Senarai 100 tool dan sumber untuk digunakan sebagai panduan dalam membina komputer peribadi anda.

Top100 people by Time:

Senarai 100 insan yang paling berpengaruh semasa untuk tahun 2008, salah seorang insan yang menduduki senarai 100 teratas ialah bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu DSAI. Selain itu, ada juga blogger yang mendapat tempat di dalam top100 tersebut iaitu pemilik dan penulis blog teknologi terkenal techcrunch iaitu Michael Arrington.

Top100 film by Timesonline:

Senarai filem pelbagai genre yang berada di kedudukan 100 teratas,

Tambahan:

Top100 twitter by twitterboard.

Top100 comic books by comicbookresources.

Belum pun cukup satu minggu WP 2.5 RC1 dikeluarkan,RC2 sudah pun dikeluarkan dan sudah boleh dimuat-turun sekarang!

…and we’re now ready to show you a bit more of a peek with a short screencast covering the new dashboard and uploader and Release Candidate 2.

Matt telah pun membuat screencast pendek berkenaan WP2.5 RC2 di laman web rasmi Wordpress.Org,bagi yang tak mahu melihat secara online anda boleh download video tersebut sebesar 17Mb dalam format AVI.

[kml_flashembed movie="http://s.wordpress.org/resources/2.5/dashboard-and-images.swf" width="500" height="470" wmode="transparent" /]

Lagi :
Pautan muat-turun WP2.5 RC2
Senarai plugin yang mesra WP2.5
Ulasan asblogger.com tentang WP2.5 RC1.

Apa yang menjadikan sesuatu blog itu memang blog dan benar-benar hidup ialah disebabkan wujudnya komunikasi di antara penulis blog dengan pelawat.Komunikasi ini wujud dalam bentuk dua hala melalui komen pada artikel atau shout pada ‘chat box’.Komen pada artikel biasanya ulasan,tambahan maklumat ata pertanyaan berkenaan artikel tersebut.

 

Namun,bagaimana pula jika pertanyaan tersebut lari dari artikel tersebut atau pertanyaan dihantar pada post terdahulu yang membuatkan anda tuan punya blog tak tahu adanya pertanyaan?Jadi di sini datangnya Askablogr.Com yang memudahkan anda sebagai penulis untuk menkjawab dan pelawat sebagai orang yang bertanya.Askablogr.Com ialah plugin mudah yang diletakkan pada sidebar berfungsi sebagai kotak pertanyaan.Pelawat akan menulis sebarang pertanyaan pada kotak tersebut dan anda akan menjawabnya.

Askablogr.Com bukanlah sekadar kotak soal-jawab di antara anda dan penyoal tetapi anda boleh jadikan sesi soal-jawab tersebut sebagai artikel di blog anda!Sedikit-sebanyak,Askablogr.Com memudahkan anda untuk mencari idea bagi menulis artikel dengan menggunakan sahaja sesi soal-jawab itu sebagai artikel.

Selanjutnya»

Page 1 of 3123»