Pintasan → entri / sidebar / RSS




Bagi yang meminati bidang rekaan atau ‘design’ menggunakan perisian Adobe Photoshop, anda patut muat-turun Ebook “The Photoshop Anthology” kerana ianya percuma. Ebook setebal 278 muka-surat boleh anda muat-turun melalui laman Sitepoint Dot Com, hanya berikan email anda dan pautan untuk muat-turun ebook tersebut akan diberikan.

Ebook percuma ini ada hadnya, anda ada lebih kurang 27 hari lagi untuk muat-turun The Photoshop Anthology ini(semasa artikel ditulis). Dan bagi yang tak mahu memberikan email, anda boleh muat-turun ebook The Photoshop Anthology melalui pautan di blog Digital Inspiration.

Baru-baru ini saudara syahid_zul dari melayubuntu telah pun membukukan majalah berkenaan Ubuntu iaitu eMaj Ubuntu for Malaysian untuk tatapan anda.Apa yang pasti,ebook ini adalah percuma untuk dimuat-turun.Walaupun percuma,isi kandungannya adalah mahal bagi anda.Bagi yang baru berjinak-jinak dengan perisian sumber terbuka (OpenSource),bolehlah jadikan eMaj ini sebagai panduan dalam memilih perisian yang ingin dicuba.

eMaj ini boleh dimuat-turun di laman web savefile ataupun box dan bagi yang tak mahu memuat-turunnya bolehlah membaca ebook ini secara online melalui laman scribd.

p/s: Kemaskini terbaru dari blog rasmi melayubuntu menunjukkan eMaj Ubuntu for Malaysian mendapat sambutan hangat daripada para pembaca.

Majalah panduan dan info bagi para IM telah pun diterbitkan beberapa jam lalu.Majalah IM #2 Edisi Mac ini boleh didapati di laman rasmi MajalahIM.Com.Ia terbit bersama dengan peningkatan pada isi kandungan dan juga reka-bentuk majalah tersebut.

Majalah kali mengupas tentang tips mempromosi direktori bagi yang telah mempunyai direktori sendiri atau yang baru hendak memulakannya.Juga 7 langkah persediaan sebelum menulis salesletter,strategi pemasaran produk affiliate yang terbukti berkesan dan banyak lagi artikel menarik di dalamnya.

Majalah IM edisi juga boleh didapati di laman rasmi tanpa perlu mendaftar.Syabas Team MajalahIM!

Selanjutnya»

emajalah_melayubuntu Baru-baru ini Saudara Zul dari melayubuntu telah pun mengeluarkan E-Majalahnya sendiri,satu usaha yang patut dipuji dan dicontohi orang lain.Anda pun sebenarnya boleh menerbitkan sendiri e-book atau e-majalah sendiri.Berbalik kepada E-Majalah Melayubuntu V.0.1,saya cadangkan anda muat-turun e-majalah ini dan nilainya sendiri.

Ulasan:

Wow!Itulah yang terlintas di minda tatkala saya membuka halaman pertama warkah Saudara Zul,reka-bentuk e-majalah ini menarik hati saya.Bagi yang baru pertama kali mendengar Ubuntu dan ingin tahu apa itu Ubuntu,e-majalah ini patut dibaca kerana Saudara Zul menulis secara ringkas tetapi padat tentang apa itu Ubuntu.

 

Dengan reka-bentuk serta susun-atur perenggan-perengan ayat yang menarik,sedar tak sedar anda telah habis membaca e-majalah ini.Bagi saya,memang tak puas membaca e-majalah ini kerana ia hanya setebal 4 muka-surat sahaja.Mungkin Saudara patut tambah lagi.Hoho…

Komen:

Wajarkah sesuatu seumpama ini(emajalah) ini wujud?

Memang patut wujud lagi-lagi kepada mereka yang tak tahu tentang kewujudan OS yang percuma dan bernilai ini.Juga sebagai panduan kepada mereka yang kurang arif tentang penggunaan Ubuntu ini.

Adakah design dalam versi ini melampau?

Design yang sangat menarik pada pendapat saya!Mungkin anda juga rasa begitu,dengan bertemakan warna rasmi Ubuntu dan juga susunan perenggan-perenggan yang istimewa.Ia menarik dan tak melampau.

Adakah pendekatan straight to the point itu sesuai?

Bagi kebanyakan orang,’straight to the point’lah cara yang paling bagus dalam menyampaikan sesuatu terutamanya ilmu pengetahuan.Kerana kebanyakan maklumat itu ‘lost’ sebelum sampai kepada penerima.

Berapakah bilangan muka surat dan saiz file pdf yang sesuai?

Jika ia diterbitkan secara mingguan,memadailah hanya setabal 5 muka-surat dan jika diterbitkan secara bulanan,patut ditebalkan ke 30 muka-surat.Saiz bergantunglah,lagi banyak grafik,lagi besarlah saiz fail pdf ini.

Apakah emajalah boleh dikomersilkan?Jika ya, berikan sebab dan harga yang patut diletakkan utk setiap keluaran.

Bagi e-majalah seperti,patutnya diberikan secara percuma supaya lebih ramai yang mencuba Ubuntu.

Mungkin anda patut muat-turun dan beri komen anda tentang e-majalah ini.Dan mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Saudara Zul,memang memberansangkan jumlah muat-turun e-majalah melayubuntu.

Apa lagi,muat-turunlah kerana ianya percuma!

  easy_seo_report

Sudah lama saya tak memperkenalkan kepada anda ebook percuma,jadi kali ini mari saya perkenalkan kepada Laporan Panduan Mudah SEO ataupun The Easy SEO Report yang pastinya PERCUMA dan ada sedikit ole-ole atau ganjaran kepada anda..

Perkenalkan The Easy SEO Report iaitu ebook yang menerangkan secara mudah dan ringkas apa itu SEO dan bagaimana caranya anda boleh melakukan SEO.Secara ringkas SEO ialah Search Engine Optimization iaitu ‘tweak’ yang dilakukan pada blog atau web untuk mendapatkan kedudukan yang baik pada SERP (Search Engine Result Page) bagi sesuatu kata kunci (keyword).

Kenapa SEO penting?

Bagi mencerahkan lagi peluang blog atau web anda ditemui oleh orang lain yang membuat carian.Bagi yang melakukan jualan secara atas talian,ia penting supaya artikel atau ‘page’ yang mengandungi produk yang dijual,mudah ditemui dan seterusnya terjual.Jadi SEO ialah teknik untuk memberi lebih ‘expose’ kepada blog atau web anda bagi sesuatu kata kunci.

Kenapa ebook The Easy SEO Report ini penting?

Secara ringkas,ebook ini membari gambaran kepada anda apa itu SEO dan peri-pentingnya kepada blog.Juga menunjukkan kepada anda teknik-teknik untuk melakukan SEO secara mudah dan ringkas.

easy_seo_report_kandungan

Penulis ebook ini iaitu John Spaulding sedang melakukan promosi untuk terbarunya ini,anda akan diberi $0.20 jika me’refer’ orang lain untuk memuat-turun ebook The Easy SEO Report.

Page 1 of 212»