Pintasan → entri / sidebar / RSS




Firefox 3 akan dikeluarkan tak berapa lagi, mungkin kurang daripada 24 jam lagi dek kerana perbezaan masa di bahagian Timur dan Barat. Bagi pengguna setia Firefox, mereka sudah tentu maklum akan fungsi terbaru Firefox 3 ini. Bagi yang ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan Firefox 3 ini, saya senaraikan beberapa panduan untuk anda:

  • A Field Guide to Firefox 3 iaitu artikel hasil nukilan penulis teknologi Mozilla menerangkan kepada anda beberapa fungsi terbaru yang ada pada versi terbaru ini dan juga fungsi-fungsinya. Artikel ini amat sesuai untuk yang baru beralih kepada Firefox 3 dan juga kepada pencinta perisian sumber terbuka ini.
  • Sejak versi pertama Firefox dikeluarkan pada November 2004, pelayar perisian sumber terbuka ini telah mengalami pelbagai perubahan daripada segi reka-bentuk, fungsi yang ditawarkan dan pelbagai lagi. Artikel LifeHacker ini membawa anda kepada sejarah pelayar Firefox daripada versi 1.0 sehinggalah versi 3.0 yang akan dikeluarkan tak lama lagi dalam bentuk ’screen-shot’.
  • Bagi yang masih ingin menggunakan pelayar Firefox tetapi mahukan ia lebih bersifat sosial, apakata anda cuba Flock. Dikatakan gabungan antara Social + Firefox, Flock menawarkan pelayar yang bersifat sosial. Bersempena versi terbaru Firefox 3, Flock telah mengeluarkan versi betanya berdasarkan Firefox 3 ini dan artikel berkenaan Flock 2.0 ini amat sesuai sebagai rujukan anda.

Dalam beberapa jam lagi Firefox versi 3.0 akan dikeluarkan dan marilah bersama-sama mencatat rekod dunia bersama Firefox sebagai perisian yang paling banyak dimuat-turun dalam masa 24 jam. Ops! Sebelum anda ingin menaik-taraf versi lama kepada versi terbaru ini, sila backup profile Firefox lama terlebih dahulu sebagai langkah keselamatan.

Tak lama lagi, BarCamp pertama Malaysia adakan diadakan pada penghujung bulan 7 ini. Apa itu Barcamp? Dengan meminjam kata-kata Wikipedia.Org, Barcamp ialah:

BarCamp is an international network of user generated conferences — open, participatory workshop-events, whose content is provided by participants — often focusing on early-stage web applications, and related open source technologies, social protocols, and open data formats.

[via Wikipedia]

BarCamp Malaysia ini akan diadakan pada:
July 26-27, 2008
Saturday 10:00 AM-6:00PM (official section)
Hangout time 6pm to Sunday morning
Sunday 10:00 AM-2:00PM

Bertempat di:
ITrain
Wisma MCIS Annexe, Jalan Barat, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Untuk maklumat lanjut berkenaan sumbangan, jadual dan bagaimana untuk mendaftarkan diri, sila lawati laman BarCamp Malaysia.

Lain-lain:

Pautan:

Sudah lama Web1.0 ditinggalkan dan kini Web2.0 sedang kita digunakan, pengertian Web2.0 sangat luas dan setakat ini pengertiannya secara tepat masih lagi di dalam perbincangan. Tapi apa yang pasti, Web2.0 berpusatkan kepada kita(pengguna) atau lebih tepat lagi dipanggil sosial atau ’social’. Pernah dengar perkataan ’social networking’, ’social media’ dan juga ’social bookmarking’? Itu semua dijanakan oleh sosial terdiri daripada pengguna(kita).

Mungkin anda patut lihat video di bawah ini, tiga video yang memberi penerangan secara mudah kepada anda apa itu ’social networking’, ’social media’ dan juga ’social bookmarking’. Sebagai blogger, anda tergolong di dalam ’social media’.

Selanjutnya»

Bagi yang selama ini menggunakan perisian anti-virus percuma seperti AVG, Avast dan seumpamanya, kini anda boleh mencuba perisian anti-virus terkenal iaitu Kaspersky AntiVirus 7.0 selama 6 bulan secara percuma melalui laman web Jaring.

Kaspersky AntiVirus (KAV) hanya menawarkan perisian asas anti-virus tetapi tidak menawarkan firewall, anti-spam dan active defense seperti yang ditawarkan di dalam pakej Kaspersky Internet Security (KIS). KIS boleh juga dicuba melalui laman Jaring tetapi hanya boleh digunakan selama 1 bulan sahaja. Untuk memuat-turun perisian KAV ini,sila pergi ke laman Jaring KAV dan klik free trial pada bahagian pautan di bawah kanan browser. Satu ‘pop-up’ akan keluar dan isikan maklumat yang dikehendaki, sila semak ‘inbox’ email anda untuk pautan ‘Registry Key’ dan perisian KAV. Pastikan maklumat yang diisi adalah tepat!

Bagi yang ingin membeli perisian KAV dan KIS secara online, laman Jaring sedang mengadakan promosi ‘2 komputer dalam 1 harga’. Menurut laman Jaring, harga KAV ialah RM49 dan KIS ialah RM79. Untuk mengetahui bagaimana caranya melakukan pembayaran secara online sila lawati laman Jaring.

Beberapa jam yang lepas di dalam satu program temu-bual yang dianjurkan oleh D6, Pengerusi Microsoft iaitu Bill Gates dan CEO Microsoft iaitu Steve Ballmer telah pun memperkenalkan Windows 7 buat pertama kalinya secara rasmi ke pada dunia. Windows 7 bukanlah versi baru tetapi Windows Vista dengan fungsi yang akan ditambah dan dikemaskini.


Video: Multi-Touch in Windows 7

Walaupun lebih kurang 18 bulan lagi daripada tarikh Windows 7 dijangka akan dikeluarkan (late in 2009), terdapat beberapa fungsi yang ditawarkan oleh Windows 7 telah didedahkan di dalam pertemuan ini:

  • Penggunaan multi-touch iaitu teknologi yang digunakan untuk produk terbaru Microsoft iaitu Surface
  • Penggunaan dock seperti yang digunakan pada produk Apple iaitu Mas OS X
  • Photo management
  • Mapping app

Untuk melihat video temu-bual, sila tekan selepasnya…
Selanjutnya»

Page 1 of 512345»