Pintasan → entri / sidebar / RSS




Setelah sekian lama anda berblog, mengemaskini blog anda, menulis artikel dan melakukan segalanya untuk meneruskan kemandirian blog. Sampailah ke satu tahap, anda ingin benar mengetahui nilai blog anda yang selama ini ditatang bagaikan minyak yang penuh.

Untuk itu, apa kata anda gunakan MyBlogValue.Com untuk menilai berapakah harga laman web anda. Dengan menjawab sebanyak hanya 19 soalan, laman web MyBlogValue.Com dengan segera akan menyatakan nilai blog anda.

Jadi, berapakah nilai blog anda? Nilai blog Asblogger.Com ialah $164,820! Siapa yang nak beli? Saya akan jualkan! Hehe. Sekadar untuk bersuka-suka sahaja.

Kini laman ‘video sharing’ terkenal iaitu Veoh.Com tidak lagi boleh dicapai di Malaysia sejak pagi tadi, maka tertutuplah satu lagi lubuk untuk memuat-turun video-video. Bagi yang tak tahu, laman Veoh.Com sama seperti laman Youtube.Com tetapi apa yang istimewanya laman Veoh.Com merupakan tempat di mana anda boleh mencari dan memuat-turun pelbagai drama bersiri dan movie daripada Korea dan Jepun juga drama-drama dari Taiwan dan Singapura.

Walau bagaimana pun, anda masih boleh mencapai laman Veoh.Com melalui proxy. Taip sahaja ‘proxy’ pada enjin carian dan cari laman yang menawarkan perkhidmatan proxy seperti laman HideMyAss.Com. Keburukan menggunakan ‘proxy’, capaian anda akan menjadi lambat sedikit daripada biasa.

Tetapi Veoh.Com tidak mem’block kesemua perkhidmatannya, fungsi carian dan muat-turun melalui perisian VeohTv masih lagi boleh digunakan setakat artikel ini ditulis.

Setakat ini tiada lagi pengumuman rasmi daripada blog Veoh.Com berkenaan hal ini.

Hujung minggu ini mari saya sajikan anda dengan artikel santai tetapi berilmu. Pembelajaran amat menyeronokkan jika digabungkan dengan elemen santai seperti belajar menghafal abjad dengan nyanyian atau mengenal objek dengan lukisan.

Sensibleunits.Com mengambil konsep ini dengan memperkenal salah-satu unit matematik iaitu panjang dengan cara yang agak santai dan menyeronokkan. Dengan Sensibleunits.Com, anda taipkan sahaja apa-apa nilai panjang dalam kilometer, miles, cm dan sebagainya dan ia akan menukarkan nilai ini dengan nilai yang setara.

Sebagai contoh, saya memasukkan nilai 170 cm dan Sensibleunits.Com memberitahu saya bahawa nilai ini bersamaan dengan:

  • 1.2 standard railway gauges.
  • 1.3 Alaskan moose antler spans.
  • 7.7 average football (soccer ball) diameters.

Menarik bukan?Tetapi Sensibleunits.Com hanya menyokong nilai dalam unit pengukuran panjang dan jarak, mungkin pada masa akan datang pencipta laman ini patut meletakkan lebih banyak unit lagi. Apa-apa pun, selamat mencuba dan selamat berhujung minggu.

Apa yang akan terjadi apabila telefon bimbit anda diletakkan di dalam ketuhar gelombang mikro dan dimasak?Apa yang anda fikir?Telefon tersebut akan meletup?Atau sebaliknya?

Saya telah saksikan video di bawah dan hasilnya sungguh-sunggur memeranjatkan saya. Pelik tetapi adakah benar?

p/s: Please don’t try this at home!

[via Gizmodo]

Watch the new Indiana Jones: Raiders of the lost brick.


[via freewaregenius]

Page 1 of 71234567»