Pintasan → entri / sidebar / RSS




Tajuk di atas bukanlah semata-mata satu persamaan matematik atau fizik, ia lebih kepada gabungan dua aplikasi hasil daripada kemajuan dalam bidang pengaturcaraan dan juga teknologi atas talian. Gabungan antara muxtape dan perisian Adobe AIR membolehkan muxtape didengari melalui desktop anda tanpa perlu membuka browser seperti kebiasaan.

Secara ringkas, Adobe AIR ialah perisian yang dibangunkan oleh Adobe yang menghubungkan dunia internet dan desktop anda tanpa perlu membuka browser dan muxtape pula ialah aplikasi atas talian yang boleh anda gunakan untuk mencipta lagu kompilasi pilihan seperti kaset kompilasi.

Kebiasaannya muxtape ini hanya boleh diakses melalui browser anda sahaja tetapi dengan menggunakan perisian Adobe AIR ini, MuxMaster atau GhettoBlaster ia boleh diakses melalui icon di desktop sahaja.

Apa yang anda perlukan untuk mendengar Muxtape di desktop?

  • Pastikan anda telah membuka akaun muxtape dan telah mempunyai playlist sendiri.Walau bagaimanapun, anda masih boleh mendengar playlist orang lain.
  • Muat-turun dan install perisian Adobe AIR terlebih dahulu, perisian ini berfungsi seperti pembaca kepada apa-apa perisian dalam format *.air seperti Muxmaster dan juga GhettoBlaster.
  • Penerangan lanjut tentang Adobe AIR boleh anda baca di laman Infomalaya.
  • Cara install Adobe AIR pada Windows adalah seperti biasa dan bagi platform Linux, sila baca langkah-langkah meng’install Adobe AIR pada Ubuntu oleh Melayubuntu.
  • Setelah selesai, muat-turun salah satu perisian AIR ini iaitu Muxmaster atau GhettoBlaster dan install seperti biasa. Dalam beberapa saat, anda sudah boleh mendengar kaset kompilasi Muxtape anda di desktop sahaja.
  • Bagi yang meng’install perisian AIR kali pertama, sila pilih Open With > Adobe Air/Air.

Selanjutnya»

Terjumpa pautan ini sewaktu berjalan-jalan mencari idea untuk artikel akan datang,yang pasti Wikipedia bukan sekadar ensiklopedia berkaitan ilmiah malah teknologi,sejarah,gadget dan juga perkara-perkara menarik yang pernah berlaku.

Kasparov versus The World ialah satu perlawanan catur pada tahun 1999 melalui internet.Perlawanan ini melibatkan 500 000 orang dari serata dunia melawan Garry Kasparov seorang diri dan perlawanan ini berlangsung selama 4bulan melibatkaan 62 gerakan.Pemenangnya?Pastilah juara dunia catur.

Ringkasan:
Peserta : Kasparov vs The World (1 vs 500 000)
Di : MSN Gaming Zone
Penaja : Bank First USA
Gerakan : Melibatkan 62 gerakan dan gerakan ke 61 menunjukkan kekalahan kepada The World
Catur : Putih oleh Kasparov dan Hitan oleh The World
Opening : Opening: Sicilian Defence, Canal Attack, ECO:B52
Link : Kasparov versus The World

Bagi penggemar online video,laman Youtube ialah laman wajib yang perlu dilawati tiap-tiap hari.Youtube mengumpulkan pelbagai video daripada genre atau pengkhususan yang berbeza-beza.Samada video tersebut iklan,drama,trailer,humor dan sebagainya.

Jika Youtube mengumpulkan video daripada pelbagai tajuk atau genre tapi Ovguide.Com pula mengumpulkan laman-laman yang menyediakan online video.Ovguide.Com berfungsi sebagai katalog atau yellow pages bagi laman yang menyediakan online video.

Bagi memudahkan anda mencari laman yang menyediakan perkhidmatan video atas talian ini,Ovguide.Com telah mengklasfikasikan laman-laman berkaitan kepada beberapa kategori:

Movies / TV,Anime,Gen. / Viral,Games,Asia / India,Sports,Guns / Ammo,Music / Ent.,Indie,Education,Pay Per View,Science / Tech.,Car / Aviation,Food / Wine,Lifestyle,Health / Fitness,Mobile / WAP,News / Bus.,Trailers,Video Blog,Travel,Political,P2P File Share dan juga Adult.

Statistik semasa Ovguide.Com:
Sites Watched Today:834,532
Sites on the Guide:1,640
Users Online Now:2,913

Pernah anda main permainan bergenre Strategy Game seperti Red Alert, Command&Conquer, Command&Conquer Tiberian War dan permainan sebegitu yang memerlukan anda menyusun pasukan-pasukan untuk bertahan dan menyerang.Mencari sumber untuk diproses dan seterusnya membina kubu-kubu.

Tetapi permainan sebegitu sememangnya terlalu kompleks dan perlukan komputer atau laptop yang se’power mungkin.

Desktop Tower Defense.

Tetapi bagaimana jika anda di saat terlalu bosan dan komputer anda tidaklah sebegitu berkuasa tapi anda bernasib baik kerana ada sambungan internet.Jadi halakan browser Firefox atau IE mahupun Safari anda ke laman Desktop Tower Defense.Permainan ’strategy game’ ringkas ini mampu menghilangkan kebosanan sementara anda itu.

Selanjutnya»

Two professional engineers illustrate the proper care and practical benefits of cats. None of the cats, humans, or engineers were mistreated in the making of this film. They were however, slightly annoyed.

[kml_flashembed movie="http://www.youtube.com/v/mHXBL6bzAR4" width="425" height="350" wmode="transparent" /]

Video cara penjagaan kucing anda di rumah oleh dua orang jurutera.Video versi CommonCraft tentang penjagaan kucing,mungkin!Apa yang pasti,anda akan ketawa dengan idea yang dibawa dan aksi kucing-kucing yang memang cute…

Page 2 of 7«1234567»