Pintasan → entri / sidebar / RSS




Apabila virus menyerang komputer dan laptop,anda resah sepanjang hari.Cepat-cepat anda capai perisian antivirus dan mulakan operasi ’search and kill’.Tiada istilah ‘virus baik’ bagi virus komputer.Disebalik perilaku virus ini yang buruk,wajahnya pun buruk juga.Beberapa wajah virus yang digambarkan oleh pelukis berdasarkan beberapa perkara.

[via psfk]

Untuk santapan hujung minggu,saya ingin berkongsi dengan anda trailer filem Iron Man,Speed Racer dan The Incredible Hulk.Untuk Baby 80an seperti saya,anda membesar bersama-sama kartun-kartun ini.Dahulu semasa zaman kanak-kanak ribena,tak terfikirkan pun bahawa cerita hero ini boleh dijadikan filem tapi kini semuanya tak mustahil bukan dengan kehadiran CGI dan sebagainya.Apa lagi,layannn…

[kml_flashembed movie="http://www.youtube.com/v/EzvAJg7gThU" width="425" height="350" wmode="transparent" /]

Speed Racer

Selanjutnya»

www_magmypic_com_1 Anda bukanlah seorang yang ternama seperti angkasawan pertama negara ataupun ProBlogger terkenal seperti Darren Rowse mahupun pemilik blog ternama seperti Mashable yang memungkinkan wajah anda dijadikan kulit hadapan majalah.

Jadi,apakata anda gunakan untuk MagMyPic.com untuk mencipta kulit majalah ‘angan-angan’ anda.Dengan pilihan sebanyak 18 majalah terkemuka yang boleh disesuaikan dengan gambar yang ingin dijadikan ‘cover’.

Dengan tiga langkah mudah,’cover’ majalah angan-angan akan siap.Hanya muat-naik gambar anda,pilih majalah yang sesuai dan saiz majalah yang dikehendaki samada medium atau large.

       Cover magazine impian.                                      Pilihan 18 cover.

efcee6879f4e8d23bfe5c77c4300365f_NATIONALGEO_smmagmypic_com_choose

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Intro…

Nampaknya, lebih daripada satu bulan saya membiarkan blog asblogger.com bersawang tak berartikel dan sunyi tak berpengunjung.Dengan lebih sebulan blog ini tak berartikel, maka menurunlah jumlah pengunjung blog ini dan tak ber’nilai’lah blog ini di mata pengiklan.

 

Maaf dipinta andai ada rakan-rakan yang saban hari mengunjungi blog ini dengan harapan akan ada tulisan baru yang ingin dijamah tetapi masih kehampaan.Dengan masalah sambungan internet yang ditahan oleh pihak Pusat Komputer U disebabkan pc saya dikesan menyebar virus (walaupun selepas dibersihkan) juga sibuk dengan hal-hal peribadi, blog ini dibiarkan tanpa khabar berita dan menyebabkan saya ‘lost’.

 

Kini saya kembali,kembali ke asal saya.Melakukan perkara-perkara yang digemari.Jika anda kehilangan diri anda,pesan saya “lakukanlah perkara-perkara yang dulu pernah anda suka lakukan atau biasa lakukan”.Perkara pertama yang saya lakukan ialah dengan mengemaskini theme blog asblogger.com ini dengan menggunakan theme freicurv daripada Saudara Flisterz,orang yang sama mereka theme yang saya gunakan sebelum ini.

 

Seterusnya saya kembali untuk menulis,kembali memetik anak-anak keyboard ini.Kembali memerah otak untuk menyusun bait-bait kata walau saya tak sehebat dalam mengarang ayat indah.

 

Kembali ke asal - Asblogger The Album “Hidup Ini Memang Indah” …

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Macam gempak tajuk artikel di atas itu tapi sebenarnya diri ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Korban,selamat berkorban dan selamat bercuti.Ketika anda semua sedang membaca artikel ini,saya sudah pun berada di kampung halaman.Sedang bercuti bersama keluarga,kawan-kawan dan laptop tersayang V(^_^)V dan artikel ini di’edit menggunakan ‘Post Timestamp’ supaya artikel ini publish di pagi hari 19 Disember 2007.Terima kasih kepada pencipta wordpress yang mencipta fungsi ini,alangkah bagusnya blogspot pun ada fungsi begini.

Di rumah tiada internet,jadi artikel seterusnya hanya akan terbit selepas Krimas mungkin.Timbul pula penyesalan di hati,kenapalah aku tak install sahaja twitter plugin daripada alexking ini!Apa-apapun,selamat berhari raya dan selamat bercuti.Jaga keselamatan diri hendaknya,semoga berjumpa lagi di artikel akan datang.

Wassalam…

Yang Benar,
awqi_zar a.k.a naem

Page 4 of 7«1234567»