
Firefox 3 akan dikeluarkan tak berapa lagi, mungkin kurang daripada 24 jam lagi dek kerana perbezaan masa di bahagian Timur dan Barat. Bagi pengguna setia Firefox, mereka sudah tentu maklum akan fungsi terbaru Firefox 3 ini. Bagi yang ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan Firefox 3 ini, saya senaraikan beberapa panduan untuk anda:
- A Field Guide to Firefox 3 iaitu artikel hasil nukilan penulis teknologi Mozilla menerangkan kepada anda beberapa fungsi terbaru yang ada pada versi terbaru ini dan juga fungsi-fungsinya. Artikel ini amat sesuai untuk yang baru beralih kepada Firefox 3 dan juga kepada pencinta perisian sumber terbuka ini.
- Sejak versi pertama Firefox dikeluarkan pada November 2004, pelayar perisian sumber terbuka ini telah mengalami pelbagai perubahan daripada segi reka-bentuk, fungsi yang ditawarkan dan pelbagai lagi. Artikel LifeHacker ini membawa anda kepada sejarah pelayar Firefox daripada versi 1.0 sehinggalah versi 3.0 yang akan dikeluarkan tak lama lagi dalam bentuk ’screen-shot’.
- Bagi yang masih ingin menggunakan pelayar Firefox tetapi mahukan ia lebih bersifat sosial, apakata anda cuba Flock. Dikatakan gabungan antara Social + Firefox, Flock menawarkan pelayar yang bersifat sosial. Bersempena versi terbaru Firefox 3, Flock telah mengeluarkan versi betanya berdasarkan Firefox 3 ini dan artikel berkenaan Flock 2.0 ini amat sesuai sebagai rujukan anda.
Dalam beberapa jam lagi Firefox versi 3.0 akan dikeluarkan dan marilah bersama-sama mencatat rekod dunia bersama Firefox sebagai perisian yang paling banyak dimuat-turun dalam masa 24 jam. Ops! Sebelum anda ingin menaik-taraf versi lama kepada versi terbaru ini, sila backup profile Firefox lama terlebih dahulu sebagai langkah keselamatan.





