Tajuk di atas bukanlah semata-mata satu persamaan matematik atau fizik, ia lebih kepada gabungan dua aplikasi hasil daripada kemajuan dalam bidang pengaturcaraan dan juga teknologi atas talian. Gabungan antara muxtape dan perisian Adobe AIR membolehkan muxtape didengari melalui desktop anda tanpa perlu membuka browser seperti kebiasaan.

Secara ringkas, Adobe AIR ialah perisian yang dibangunkan oleh Adobe yang menghubungkan dunia internet dan desktop anda tanpa perlu membuka browser dan muxtape pula ialah aplikasi atas talian yang boleh anda gunakan untuk mencipta lagu kompilasi pilihan seperti kaset kompilasi.

Kebiasaannya muxtape ini hanya boleh diakses melalui browser anda sahaja tetapi dengan menggunakan perisian Adobe AIR ini, MuxMaster atau GhettoBlaster ia boleh diakses melalui icon di desktop sahaja.
Apa yang anda perlukan untuk mendengar Muxtape di desktop?
- Pastikan anda telah membuka akaun muxtape dan telah mempunyai playlist sendiri.Walau bagaimanapun, anda masih boleh mendengar playlist orang lain.
- Muat-turun dan install perisian Adobe AIR terlebih dahulu, perisian ini berfungsi seperti pembaca kepada apa-apa perisian dalam format *.air seperti Muxmaster dan juga GhettoBlaster.
- Penerangan lanjut tentang Adobe AIR boleh anda baca di laman Infomalaya.
- Cara install Adobe AIR pada Windows adalah seperti biasa dan bagi platform Linux, sila baca langkah-langkah meng’install Adobe AIR pada Ubuntu oleh Melayubuntu.
- Setelah selesai, muat-turun salah satu perisian AIR ini iaitu Muxmaster atau GhettoBlaster dan install seperti biasa. Dalam beberapa saat, anda sudah boleh mendengar kaset kompilasi Muxtape anda di desktop sahaja.
- Bagi yang meng’install perisian AIR kali pertama, sila pilih Open With > Adobe Air/Air.









