Pintasan → entri / sidebar / RSS

Gmail iaitu pembekal perkhidmatan peti e-mail @gmail.com telah memperkenalkan pelbagai fungsi baru yang canggih dan berguna kepada para penggunanya tambahan kepada fungsi-fungsi sedia ada.Gmail dimiliki sepenuhnya oleh Google dan anda boleh dapatkan e-mail ini di laman mail.google.com kepada yang ingin mencuba perkhidmatan ini.

Antara fungsi terbaru ialah label berwarna,bagi tiap-tiap e-mail yang diterima oleh anda boleh dilabelkan mengikut nama pengirim atau apa-apa saja nama yang ingin anda berikan.Dan,anda boleh memilih warna tertentu untuk label-label ini.Semestinya,ini dapatkan memudahkan anda untuk menguruskan pelbagai e-mail yang diterima dan juga mengurangkan defisit masa yang diluangkan untuk menguruskannya.

Fungsi label dan label berwarna.

Selanjutnya»

Jualan akhir tahun kini kembali lagi,begitu juga dengan PC Fair pesta jualan barangan berkaitan komputer yang sememangnya dinantikan oleh para ‘geek’.PC Fair 2007(iii) adalah siri terakhir bagi acara ini dalam takwim tahun 2007.Kebiasaanya,pesta jualan ini akan berlangsung tiap-tiap 4bulan sekali.

Dan esok,PC Fair ini akan membuka tirainya di KL Convention Center,KL,Mahkota Parade,Melaka dan juga Central Square,Sungai Petani,Kedah.Untuk makluman,acara yang sama ini telah pun berlangsung di Penang International Sports Arena, Penang,Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu, Sabah,Terminal One Shopping Centre, Seremban, Negeri Sembilan dan juga Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang pada minggu lepas.Juga pada minggu hadapan di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru, Johor,Kemaman Centre Point, Kemaman, Terengganu,Dewan Wawasan 2020, Kangar, Perlis dan Dewan Suarah Bintulu, Sarawak mengikut maklumat dari laman rasmi penganjur PIKOM PC Fair.

Kenapa anda perlu ke PC Fair?Kerana,kebanyakkan harga barang-barang berkaitan komputer seperti printer,speaker dan sebagainya adalah murah berbanding hari-hari biasa.Di samping tempat syarikat-syarikat telekomunikasi atau perkakasan komputer memperkenalkan barangan atau perkhidmatan baru.Dan juga tempat untuk anda mendapatkan pelbagai barangan percuma yang ditawarkan bersama barangan yang dijual.

Selanjutnya»

Semalam kita dihebohkan melalui tv3 tentang komputer paling ’slim’ di dunia buatan Malasia yang dinamakan Mak Cik pc.Memang unik namanya tapi unik lagi kelebihan yang

ada pada komputer itu sendiri.Saudara aman ada membuat ulasan tentang MakCik PC -

MakCik Segala PC,komputer paling slim di blognya.

M50

Lupakan sebentar tentang Mak Cik,mari saya perkenalkan pula pada M50 iaitu ‘handphone’ buatan Malaysia pertama yang mempunyai fungsi multimedia yang menarik juga melalui Buletin Utama TV3.Dengan handphone ini,anda boleh melihat semua siaran televisyen di negara termasuk juga mendengar siaran radio.

M50 ini menyokong triband dan juga GPRS,untuk memudahkan perkongsian data M50 dilengkapi fungsi bluetooth dan USB.Handphone ini menyokong sehingga 1Gb T-flash card dengan adanya slot T-flash/microSD card.Juga mempunyai kamera maksimum 1.3 megaiksel.

Fungsi-fungsi lain yang ada pada M50:
* Analog TV-Free of Charge
* FM Radio without Earphone
* Web Cam
* Duel SIM Card Swap
* Dual Stereo Speakers, Overweight Bass Effect
* Handwriting Recognition & Key Input
* MP3 & MP4 Player ( Support MP3, 3GP, AVI)
* Multi Languages (English, Chinese, Malay, Arabic)
* Calendar, To Do List, Alarm, World Clock, Stopwatch
* Video/Sound Recorder
* MP3/MP4 (*Inclusive Al-Quran)

Handphone ini sudah berada di pasaran sejak minggu lepas(Harga tak dapat dipastikan lagi.).Maklumat lanjut boleh anda dapati di laman rasmi pengeluar M50 iaitu CSL.

Bagaimanakah jika internet,web atau blog cuba diterjemahkan atau diaplikasikan di dalam bidang Sains iaitu fizik,kimia ataupun biologi.Mungkin anda patut lihat gambar-gambar dibawah.

Fizik
Di dalam bidang fizik atau lebih tepat lagi astronomi,alam semesta terdiri daripada galaksi-galaksi,planet-planet,bintang-bintang dan juga jasad-jasad lain.Cuba pula alam ‘blogosphere’ ini yang terdiri daripada jutaan blog atau web dan sambungkan dengan internet digambarkan seperti itu.Boleh anda cuba bayangkan?Mungkin gambar ini dapat membantu.

Lebih lanjut lagi tentang blogosphere map. [via datamining]

Selanjutnya»

Page 6 of 8«12345678»