Pintasan → entri / sidebar / RSS




Sudah lama Web1.0 ditinggalkan dan kini Web2.0 sedang kita digunakan, pengertian Web2.0 sangat luas dan setakat ini pengertiannya secara tepat masih lagi di dalam perbincangan. Tapi apa yang pasti, Web2.0 berpusatkan kepada kita(pengguna) atau lebih tepat lagi dipanggil sosial atau ’social’. Pernah dengar perkataan ’social networking’, ’social media’ dan juga ’social bookmarking’? Itu semua dijanakan oleh sosial terdiri daripada pengguna(kita).

Mungkin anda patut lihat video di bawah ini, tiga video yang memberi penerangan secara mudah kepada anda apa itu ’social networking’, ’social media’ dan juga ’social bookmarking’. Sebagai blogger, anda tergolong di dalam ’social media’.

Selanjutnya»

Hujung minggu ini mari saya sajikan anda dengan artikel santai tetapi berilmu. Pembelajaran amat menyeronokkan jika digabungkan dengan elemen santai seperti belajar menghafal abjad dengan nyanyian atau mengenal objek dengan lukisan.

Sensibleunits.Com mengambil konsep ini dengan memperkenal salah-satu unit matematik iaitu panjang dengan cara yang agak santai dan menyeronokkan. Dengan Sensibleunits.Com, anda taipkan sahaja apa-apa nilai panjang dalam kilometer, miles, cm dan sebagainya dan ia akan menukarkan nilai ini dengan nilai yang setara.

Sebagai contoh, saya memasukkan nilai 170 cm dan Sensibleunits.Com memberitahu saya bahawa nilai ini bersamaan dengan:

  • 1.2 standard railway gauges.
  • 1.3 Alaskan moose antler spans.
  • 7.7 average football (soccer ball) diameters.

Menarik bukan?Tetapi Sensibleunits.Com hanya menyokong nilai dalam unit pengukuran panjang dan jarak, mungkin pada masa akan datang pencipta laman ini patut meletakkan lebih banyak unit lagi. Apa-apa pun, selamat mencuba dan selamat berhujung minggu.

Enjin carian seperti Google atau Yahoo! mahupun MSN sudah cukup berkuasa dalam membantu kita dalam pemcarian maklumat dan sebagainya. Tetapi bagaimana pula jika sebagai contoh anda tidak dapat mencari maklumat atau maklumat yang dikehendaki melalui google tidak tepat dan ingin mencari pula melalui enjin carian lain. Anda nak cepat, tetapi perlu buka browser lain dan taipkan alamat enjin carian lain. Seperti membuang masa bukan?

Apa kata anda gunakan Katapulco.Com iaitu laman web yang menyenaraikan lebih kurang 70 enjin carian daripada pelbagai kategori carian di dalam satu muka surat sahaja. Enjin-enjin carian ini boleh dicapai dengan mudah dan cepat, hanya taipkan sahaja kata kunci bagi enjin carian tersebut. Sebagai contoh, g untuk Google, y untuk Yahoo dan l untuk MSN Live.

Seperti yang saya beritahu sebelum ini, Katapulco.Com menyenaraikan enjin carian daripada pelbagai kategori seperti:

  • Genaral Search
  • Blogs
  • Images
  • Maps
  • Movies
  • News Recipes
  • Reference
  • Regional
  • Shopping
  • Google Translation
  • Videos
  • Personalized Sites

Atau, sila rujuk laman Full list of all the 70+ search engines untuk melihat senarai penuh enjin carian yang boleh anda gunakan.

Apa yang akan terjadi apabila telefon bimbit anda diletakkan di dalam ketuhar gelombang mikro dan dimasak?Apa yang anda fikir?Telefon tersebut akan meletup?Atau sebaliknya?

Saya telah saksikan video di bawah dan hasilnya sungguh-sunggur memeranjatkan saya. Pelik tetapi adakah benar?

p/s: Please don’t try this at home!

[via Gizmodo]

Tajuk di atas bukanlah semata-mata satu persamaan matematik atau fizik, ia lebih kepada gabungan dua aplikasi hasil daripada kemajuan dalam bidang pengaturcaraan dan juga teknologi atas talian. Gabungan antara muxtape dan perisian Adobe AIR membolehkan muxtape didengari melalui desktop anda tanpa perlu membuka browser seperti kebiasaan.

Secara ringkas, Adobe AIR ialah perisian yang dibangunkan oleh Adobe yang menghubungkan dunia internet dan desktop anda tanpa perlu membuka browser dan muxtape pula ialah aplikasi atas talian yang boleh anda gunakan untuk mencipta lagu kompilasi pilihan seperti kaset kompilasi.

Kebiasaannya muxtape ini hanya boleh diakses melalui browser anda sahaja tetapi dengan menggunakan perisian Adobe AIR ini, MuxMaster atau GhettoBlaster ia boleh diakses melalui icon di desktop sahaja.

Apa yang anda perlukan untuk mendengar Muxtape di desktop?

  • Pastikan anda telah membuka akaun muxtape dan telah mempunyai playlist sendiri.Walau bagaimanapun, anda masih boleh mendengar playlist orang lain.
  • Muat-turun dan install perisian Adobe AIR terlebih dahulu, perisian ini berfungsi seperti pembaca kepada apa-apa perisian dalam format *.air seperti Muxmaster dan juga GhettoBlaster.
  • Penerangan lanjut tentang Adobe AIR boleh anda baca di laman Infomalaya.
  • Cara install Adobe AIR pada Windows adalah seperti biasa dan bagi platform Linux, sila baca langkah-langkah meng’install Adobe AIR pada Ubuntu oleh Melayubuntu.
  • Setelah selesai, muat-turun salah satu perisian AIR ini iaitu Muxmaster atau GhettoBlaster dan install seperti biasa. Dalam beberapa saat, anda sudah boleh mendengar kaset kompilasi Muxtape anda di desktop sahaja.
  • Bagi yang meng’install perisian AIR kali pertama, sila pilih Open With > Adobe Air/Air.

Selanjutnya»

Page 3 of 7«1234567»