Pintasan → entri / sidebar / RSS




Tak lama lagi, BarCamp pertama Malaysia adakan diadakan pada penghujung bulan 7 ini. Apa itu Barcamp? Dengan meminjam kata-kata Wikipedia.Org, Barcamp ialah:

BarCamp is an international network of user generated conferences — open, participatory workshop-events, whose content is provided by participants — often focusing on early-stage web applications, and related open source technologies, social protocols, and open data formats.

[via Wikipedia]

BarCamp Malaysia ini akan diadakan pada:
July 26-27, 2008
Saturday 10:00 AM-6:00PM (official section)
Hangout time 6pm to Sunday morning
Sunday 10:00 AM-2:00PM

Bertempat di:
ITrain
Wisma MCIS Annexe, Jalan Barat, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Untuk maklumat lanjut berkenaan sumbangan, jadual dan bagaimana untuk mendaftarkan diri, sila lawati laman BarCamp Malaysia.

Lain-lain:

Pautan:

New iPhone 3G ads

Selanjutnya»

Baru-baru ini, Google telah pun menukar logo favicon mereka ke bentuk yang lebih ‘funky’. Sejak dari itu, mereka telah pun menerima pelbagai komen daripada komuniti blogger di seluruh dunia.

Bagi menghargai segala komen dan nasihat daripada komuniti blogger, pihak Google telah pun membuka peluang untuk mereka-cipta logo favicon Google yang baru dan mungkin logo-logo yang dihantar akan digunakan oleh Google oleh kerana favicon yang diguna-pakai sekarang masih di dalam peringkat percubaan.

Syarat-syarat:

Note: We’ll accept entries only through this form until June 20, 2008. You must be of a legal age to form a binding contract to participate.

Here are the technical requirements for your submission:

  • resolution: 16 pixel x 16 pixel image
  • format: .png, .gif, or .ico
  • size: 5 KB
  • transparency: 32 bit alpha transparency

Untuk maklumat lanjut dan ingin mengetahui cara untuk menghantar favicon rekaan anda, sila lawati laman rasmi Google Favicon atau pun blog rasmi Google untuk maklumat-maklumat dan kemaskini terbaru.

GMail telah pun mengeluarkan beberapa fungsi yang boleh digunakan untuk akaun GMail anda, walau bagaimanapun 13 fungsi terbaru ini masih di dalam peringkat percubaan. Untuk mencuba fungsi-fungsi ini, sila masuk ke dalam akaun GMail anda kemudian pergi ke menu Settings dan pilih Labs (Settings>Labs). Anda akan lihat beberapa fungsi yang ditawarkan oleh GMail.

GMail dengan 13 fungsi baru (beta).

Untuk menggunakan fungsi-fungsi tersebut, sila pilih Enable pada mana-mana fungsi yang ingin digunakan dan Save Changes. Siap! Fungsi tersebut sudah boleh digunakan. Untuk makluman, fungsi ini masih di tahap percubaan dan mungkin terdapat sedikit kerosakan(bug) pada fungsi tersebut. Antara fungsi-fungsi yang ditawarkan ialah:

  • Quick Links
  • Superstars
  • Pictures in chat
  • Fixed width font
  • Custom keyboard shortcuts
  • Mouse gestures
  • Signature tweaks
  • Random signature
  • Custom date formats
  • Muzzle
  • Old Snakey
  • Email Addict
  • Hide Unread Counts

Jika sebelum ini Microsoft menggunakan ganjaran dalam bentuk rebat bagi menarik pengguna menggunakan enjin carian mereka iaitu Live.Com, kini mereka sekali lagi menarik pengguna menggunakan enjin carian mereka tetapi dengan menggunakan konsep ‘charity’.

Baru-baru ini Microsoft telah pun melancarkan enjin carian terbaru mereka di laman SearchAndGive.Com, enjin carian ini menggunakan Microsoft Live Search sebagai enjin utama kepada carian mereka. SearchAndGive.Com menggunakan konsep menderma sambil mencari. Setiap kali pengguna melakukan carian, pengguna akan mendapat ‘a penny’ sebagai ganjaran. Microsoft akan merekodkannya dan nilai yang dijana akan disumbangkan kepada organisasi pilihan anda secara tahunan.

Search and Give is a free and really easy way to give back to any cause that is important to you—a school or food bank to national charitable organizations protecting wildlife or finding a cure—it is your choice. You can choose from over 800,000 non-profit organizations and 100,000 U.S. public, private and parochial K-12 schools. The more you search, the more you give.

Apa yang perlu anda lakukan ialah mendaftar untuk menggunakan SearchAndGive.Com dan seterusnya menggunakan melakukan carian menggunakan SearchAndGive.Com.

Page 1 of 41234»