Pintasan → entri / sidebar / RSS




Sudah lama Web1.0 ditinggalkan dan kini Web2.0 sedang kita digunakan, pengertian Web2.0 sangat luas dan setakat ini pengertiannya secara tepat masih lagi di dalam perbincangan. Tapi apa yang pasti, Web2.0 berpusatkan kepada kita(pengguna) atau lebih tepat lagi dipanggil sosial atau ’social’. Pernah dengar perkataan ’social networking’, ’social media’ dan juga ’social bookmarking’? Itu semua dijanakan oleh sosial terdiri daripada pengguna(kita).

Mungkin anda patut lihat video di bawah ini, tiga video yang memberi penerangan secara mudah kepada anda apa itu ’social networking’, ’social media’ dan juga ’social bookmarking’. Sebagai blogger, anda tergolong di dalam ’social media’.

Selanjutnya»

Terjumpa pautan ini sewaktu berjalan-jalan mencari idea untuk artikel akan datang,yang pasti Wikipedia bukan sekadar ensiklopedia berkaitan ilmiah malah teknologi,sejarah,gadget dan juga perkara-perkara menarik yang pernah berlaku.

Kasparov versus The World ialah satu perlawanan catur pada tahun 1999 melalui internet.Perlawanan ini melibatkan 500 000 orang dari serata dunia melawan Garry Kasparov seorang diri dan perlawanan ini berlangsung selama 4bulan melibatkaan 62 gerakan.Pemenangnya?Pastilah juara dunia catur.

Ringkasan:
Peserta : Kasparov vs The World (1 vs 500 000)
Di : MSN Gaming Zone
Penaja : Bank First USA
Gerakan : Melibatkan 62 gerakan dan gerakan ke 61 menunjukkan kekalahan kepada The World
Catur : Putih oleh Kasparov dan Hitan oleh The World
Opening : Opening: Sicilian Defence, Canal Attack, ECO:B52
Link : Kasparov versus The World

Hari ini kisah berkenaan Malaysia memang terkenal sekali,2artikel berkenaan 2perkara berbeza di 2blog yang berlainan.Bukan selalu Malaysia mendapat perhatian di blog antarabangsa,kisah terakhir berkenaan dengan Malaysia seingat awqi ialah tentang Nuffnang yang mengenakan caj seringgit untuk menunaikan akaun yang sudah cukup 50ringgit di blog Mashable Dot Com.

Kisah pertama berkenaan Langkawi.

Siapa yang sudah ke Langkawi memang tak Lengkap lawatan anda jika tak ke Langkawi Cable Car.Seram ada gayat pun ada,takut-takut kalau di tengah jalan kereta kabel itu jatuh.

Tapi macam mana pula TechEBlog mengulas tentang salah satu daya tarikan di Langkawi Cable Car ini iaitu jambatan yang merentasi dua puncak gunung.

Kisah kedua tentang Malaysian Today.

Siapa pula yang tak kenal dengan Raja Petra Kamarudin,hari ini dia sudah ditangkap polis atas tuduhan tertentu.Siapa RPK?Wikipedia ada ulasan lengkap tentangnya dan biodata beliau sekali.

Blog Profy Dot Com bercerita pula tentang Raja Petra ini,alkisah dia ditangkap polis dan apa sebabnya.Mereka kaitkan kisahnya ini dengan Sambutan Blogger For Human Rights pada 15hari bulan akan datang.

LOL membawa maksud Laughing At Loud bagi yang tak tahu lagi,terima kasih bat dari Infomalaya kerana menerangkan maksud Internet Slang ini.Jika tidak,hingga ke hari saya tak pasti apa maksudnya.Kebiasaannya,perkataan LOL akan diletakkan di akhir ayat menyuruh orang ketawa sekuat-hati(perasan lawak la tue).Huhu…

NSFW

Jadi hari ini,mari saya perkenalkan dengan satu istilah internet baru iaitu NSFW akronim daripada Not Safe For Work.Istilah ini dicipta untuk menunjukkan sesuatu perkata biasanya link atau URL tersebut tak selamat untuk dibukan di tempat awam terutamanya di dalam pejabat anda.NSFW disebabkan link tersebut mengandungi unsur-unsur kelucahan yang melampau atau sebagainya.

Contoh penggunaan:

http://www.realitylapse.com (NSFW)
NSFW diletakkan di akhir URL untuk menunjukkan link tersebut NSFW.

Pasti anda banyak melihat link seperti di atas di blog-blog yang pernah dilawati.Dan bagi memudahkan penyamaran lagi,sebuah laman web yang berkonsepkan seperti Tinyurl atau MoUrl telah dicipta.Dengan menggunakan alamat nsfw.in,url anda akan dipendekkan.

Contoh kependekkan:

http://www.realitylapse.com + http://nsfw.in = http://nsfw.in/568e5b

Bagi yang sudah tahu maksud NSFW,pasti anda tak akan terkena tetapi bagi yang tak tahu maksud NSFW alamat terbukalah laman-laman yang mengarut.

Berikut ialah senarai kabinet baru Malaysia 2008 yang dikemukakan oleh Perdana Menteri petang semalam:

[sumber grafik dari Malaysiakini]

Untuk senarai penuh ahli Kabinet Malaysia,sila lawati laman web utusan online.

Page 2 of 4«1234»