Kehadiran GUI iaitu singkatan kepada Graphical User Interface memudahkan pengguna novice seperti saya menggunakan Windows dan Ubuntu (dan Mas OSX) tetapi bagi pengguna expert, buangkan saja GUI itu dan mereka boleh sahaja menggunakan OS tersebut menggunakan Command Line tanpa apa-apa masalah.

Antara ‘command line’ yang digunakan.
Tetapi bagaimana pula jika GUI bagi enjin carian terkenal Google dihilangkan? Untuk melakukan carian, anda perlu taip Command Line. Susah?Pening? Sebelum memberi jawapan, cuba dahulu Goosh.Org yang digambarkan oleh penciptanya sebagai the unofficial google shell. Goosh.Org tidak menawarkan langsung GUI dan anda hanya dibekalkan dengan kata arahan untuk melakukan carian.

Contoh hasil carian.
Setelah mencuba, saya rasa ia tidaklah sesusah mana jika dibandingkan dengan menggunakan OS dengan kata arahan sahaja. Dan masa keputusan carian menggunakan Goosh.Org juga cepat, mungkin kerana GUI tidak wujud maka masa untuk ‘load’ menjadi cepat.
This google-interface behaves similar to a unix-shell.
You type commands and the results are shown on this page.






