Pintasan → entri / sidebar / RSS





Time.Com telah melakukan satu poll untuk mencari 25 blog paling bernilai dari pelbagai sudut topik,blog berkaitan politik hinggalah ke teknologi.Daripada senarai ‘Top 25 blogs’ tersebut,pastinya anda kenal beberapa nama blog.Yang pasti,blog teratas bukanlah satu blog atas domain sendiri tetapi berasaskan domain blogspot.com.Yang berharga pastinya tak terletak pada domain tetapi pada idea topik yang dibawakan oleh blog indexed.blogspot.com.

Website senarai jaringan perlawanan bola sepak.

Bagi peminat bola sepak terutamanya yang kipas-susah-mati,penting bagi mereka ini mengikut jaringan kelab-kelab utama yang ada di serata dunia secara live.Kelab-kelab utama ini datangnya bukanlah dari satu liga tetapi bermacam-macam liga dan dari pelbagai negara.Jadi amatlah susah untuk melihat live score dalam satu laman web sahaja.

Kini ESPNScoreCentre.Com telah mengambil inisiatif untuk menyenangkan peminat bola-sepak dengan menyenaraikan live score dari pelbagai liga dan negara.Score dalam Liga Super dan Liga Perdana ada juga disenaraikan!

Apa lagi yang di tawarkan?
Global View - Senarai penuh liga dari pelbagai negara,daripada Algeria hinggalah ke Switzerland.
Regional - Senarai perlawanan bola mengikut bahagian dunia seperti Champion League,EUFA Cup,Asian Cup dan sebagainya.
International - Senarai perlawanan antarabangsa,kebanyakkannya berkaitan perlawanan kelayakkan Piala Dunia.
Popular - Senarai perlawanan bagi liga-liga yang popular seperti BCL,Primera Liga,Serie A dan lain-lain lagi.

Juga disediakan pilihan untuk anda melihat score perlawanan dengan fungsi:

  • Today - Senarai score semua perlawanan yang telah berlangsung pada hari tersebut.
  • Live Scores - Senarai score perlawanan semasa.
  • Latest Results - Senarai score daripada perlawanan yang berlangsung dalam minggu tersebut.
  • Fixtures - Jadual perlawanan yang bakal berlangsung.

Hasilnya,jadual perlawan BCL pada minggu ini dan waktunya:

March 29 23:00 Birmingham v Man City
March 29 23:00 Bolton v Arsenal
March 29 23:00 Derby v Fulham
March 29 23:00 Portsmouth v Wigan
March 29 23:00 Reading v Blackburn
March 29 23:00 Sunderland v West Ham
March 30 01:15 Man Utd v Aston Villa
March 30 20:30 Chelsea v Middlesbrough
March 30 22:00 Tottenham v Newcastle
March 30 23:00 Liverpool v Everton

Friendster.Com sebuah laman web jaringan sosial ataupun bahasa asingnya ’social networking’.Laman yang membolehkan anda bersosial di atas talian,mencari teman,berkongsi maklumat dan pendapat atau tambahkan sahaja di sini apa-apa yang anda boleh lakukan dengan Friendster.Com.Tapi mungkin ada perkara berkaitannya yang anda terlepas pandang ataupun tak tahu.

Apa yang ada di Friendster dan mungkin anda terlepas pandang:

Info berkenaan Friendster
Tak kenal maka tak cinta bukan?Sudah katam muka-surat ini?Serba-sedikit maklumat berkenaan Friendster.

Blog di Friendster.
Page mudah untuk ‘create’ blog bagi yang belum mempunyai blog di Friendster juga senarai artikel terbaru blog-blog dan senarai semua blog.

Bantuan untuk blog Friendster.
Yang ini mungkin ramai yang tak tahu,Friendster sendiri ada page help yang dikhaskan untuk blognya.Daripada bantuan untuk mula mencipta blog hinggalah bantuan untuk control panel.Maka dapat saya simpulkan,blog Friendster menggunakan platform TypePad oleh SixApart kerana kebanyakan bantuan yang ada berkenaan platform tersebut.

Selanjutnya»

Kali ini,mari kita isi masa hujung minggu dengan Inspectd.Com.Anda diberi wang tipu-tipu sebanyak USD1000,000.00 tetapi berhadapan dengan data stok sebenar.Jadi dengan kepakaran yang anda ada,tak kiralah kepakaran untuk meneka atau sememangnya anda mahir dengan ’stock-exchange’ ini.Sila gandakan wang USD1000,000.00 sebanyak manapun yang anda mampu atau minuskan ia menjadi telur.AWAS!Jangan menjadi ketagih dengan permainan ini.Ganjaran?Puaskan diri anda.

Test your forex skill.

Bagi yang ini mencuba forex dalam bentuk software,anda boleh menggunakan perisian percuma daripada eToro.com - The Ultimate Forex Trading Experience! Click Here.

Jika minggu lepas anda diperkenalkan dengan Twing enjin percarian untuk forum,kali ini saya akan perkenalkan kepada anda enjin carian untuk enjin carian ataupun enjin carian dalam enjin carian.

Dengan menggunakan satu enjin carian ini,pencarian untuk sesuatu kata kunci boleh dilakukan secara serentak melalui enjin carian terkenal seperti Google,Yahoo!,Live dan Ask.

Enjin carian yang dapat membantu anda ini ialah Dogpile.Com dan juga MetaCrawler.Com;

Antaramuka Dogpile:

Antaramuka Metacrawler:

Selanjutnya»