Menurut kamus Wikipedia, panorama ialah ” any wide view of a physical space ” secara umum pada lukisan,foto dan sebagainya. Panorama biasanya pemandangan 180 darjah atau 360 darjah sesuatu landskap. Bagi membentuk imej panorama dengan menggunakan kamera digital mahupun DSLR, imej pemandangan sesuatu landskap itu perlu diambil secara berturut-turut dan perlukan bantuan perisian tertentu untuk mencantumkan imej yang terpisah tadi membentuk imej panorama.

Leceh bukan?Apakata anda lawati saja laman Panoye.Com yang menghimpunkan pelbagai imej panorama dari serata dunia. Disediakan pilihan untuk melihat imej panorama yang ada pada database mereka menggunakan fungsi Latest, Popular ataupun Tag Cloud.
Bagi memudahkan lagi navigasi anda, gunakan Google Maps yang ada halaman utama Panoye.Com untuk melihat panorama berdasarkan lokasi yang ada pada peta tersebut. Cuma yang meragukan, apakah status imej tersebut samada di bawah lesen CC atau pun sebaliknya.
Apa-apa pun, lawatilah laman Panoye.Com untuk mendapatkan imej panorama kegemaran anda untuk dimasukkan sebagai sisipan di dalam artikel atapun sebagai wallpaper desktop anda.
