Pintasan → entri / sidebar / RSS




Friendster.Com sebuah laman web jaringan sosial ataupun bahasa asingnya ’social networking’.Laman yang membolehkan anda bersosial di atas talian,mencari teman,berkongsi maklumat dan pendapat atau tambahkan sahaja di sini apa-apa yang anda boleh lakukan dengan Friendster.Com.Tapi mungkin ada perkara berkaitannya yang anda terlepas pandang ataupun tak tahu.

Apa yang ada di Friendster dan mungkin anda terlepas pandang:

Info berkenaan Friendster
Tak kenal maka tak cinta bukan?Sudah katam muka-surat ini?Serba-sedikit maklumat berkenaan Friendster.

Blog di Friendster.
Page mudah untuk ‘create’ blog bagi yang belum mempunyai blog di Friendster juga senarai artikel terbaru blog-blog dan senarai semua blog.

Bantuan untuk blog Friendster.
Yang ini mungkin ramai yang tak tahu,Friendster sendiri ada page help yang dikhaskan untuk blognya.Daripada bantuan untuk mula mencipta blog hinggalah bantuan untuk control panel.Maka dapat saya simpulkan,blog Friendster menggunakan platform TypePad oleh SixApart kerana kebanyakan bantuan yang ada berkenaan platform tersebut.

Direktori untuk Widget.
Senarai widget-widget yang menarik daripada pelbagai developer dan juga laman untuk developer mendapatkan maklumat bagaimana untuk mencipta widget sendiri dan mendapatkan key untuk API.

Video untuk Friendster.
Laman web khas bagi video-video di Friendster,saya fikir ia ‘friendster video aggregator‘ yang menyenaraikan beberapa video dari laman seperti Youtube,Crackle,Metacafe,Break,Video Detective dan Singing Fool.Mungkin engineer dari Friendster sedang mencuba beberapa aplikasi baru.

Grouper bagi Frindster.
Saya tak pasti kenapa perlu ada Grouper untuk Friendster,daripada laman tersebut Grouper ialah laman untuk perkongsian video.Anda boleh mencipta Grouper anda sendiri dengan menggunakan ID sama seperti ID Friendster anda.Cipta video anda sekarang dan mula berkongsi dengan rakan-rakan di Friendster.

Akhir tapi bukan penamat,jangan lupakan profile untuk developer Frindster dan juga blog rasmi mereka.Dapatkan layouts, glitter graphics, 3D graphics, generators, smileys, cursors and much more! Click Here

Related Posts

Mengenai entri ini

Entri ini telah ditulis dengan jayanya pada March 23rd, 2008 jam 7:00 am dan diletakkan di bawah kategori Review, Web. Anda boleh meragut atau mencopet RSS 2.0 feed blog ini sekiranya mahu. Anda digalakkan meninggalkan komen, atau pun membuat trackback dari blog anda sendiri.

2 respon untuk entri “Friendster.Com easter egg?”

  1. noris

    mane easter egg nye?
    pandai pancing eh.


  2. awqi_zar

    @noris
    hehe..sje nk test key-word easter egg nie..


Tinggalkan komen