Sebelum ini,saya ada menulis artikel tentang Yahoo Messengger versi terbaru iaitu 9.0.Versi masih dalam peringkat beta dan masih terdapat banyak bug atau ralat.
![]()
Hidden emoticon
Bagi yang menggunakan YM ini,anda mungkin sudah biasa melihat emoticon yang ada.Tahukah anda?Selain emoticon yang ada di ‘default window’ YM tersebut,ada lagi emoticon yang tersembunyi yang tidak terdapat di ‘default window’.Semalam saudara syam di vangardx.net ada membuat post tentang ‘hidden emoticon’ yang anda boleh lihatnya di laman web Yahoo Messenger.
Cuma yang menjadi masalahnya,setiap kali untuk kita menaip emoticon tersembunyi tersebut kita harus mengingat kodnya atau terpaksa pergi ke laman web ‘hidden emoticon’ untuk melihat tiap-tiap satu emoticon tersembunyi yang ingin kita gunakan.
Saya sudah mencubanya di YM9.0 dan tiada apa-apa masalah setakat ini.
Terima kasih buat el.freakzter.com kerana telah memperkenalkan plug-in untuk ‘hidden emoticon’ ini blognya.Dengan adanya plug-in YEmotePLUS pada YM anda,anda tidak perlu lagi untuk mengingat tiap-tiap satu code atau perlu pergi ke laman web YM untuk melihat code-code tersebut.
Langkah-langkah:
1)Muat-turun YEmotePLUS dan isntall dahulu.

2)Buka tingkap perbualan dan klik plugin.
![]()
3)Tingkap plugin akan keluar dan mulakan YEmotePLUS.
![]()
4)YEmotePLUS akan keluar disebelah tingkat perbualan anda.Untuk menggunakan ‘hidden emoticon’,klik sahaja mana-mana emoticon.
![]()
Sekian sahaja untuk kali ini.Selamat mencuba dan selamat beramal.
eL.fReaKzTeR
November 14th, 2007 (#)
thanks for the ping back
awqi_zar
November 14th, 2007 (#)
@eL.fReaKzTeR
welcome bro..and anyway,you have nice blog..