Pintasan → entri / sidebar / RSS




happy-new-year.jpg

Semalam merupakan hari pertama bagi tahun baru tahun 2008 dan hari ini,hari kedua kita berada di tahun baru tahun 2008.Rasanya tak terlambat lagi bagi saya mengucapkan Selamat Tahun Baru.Semoga tahun ini akan menjadi lebih baik daripada tahun lepas tahun 2007.Segala azam yang tak tercapai pada tahun lepas bolehlah dibawa pada tahun ini dan bagi azam yang telah dicapai sepanjang tahun lepas,tahun ini bolehlah memulakan azam yang baru.

Dan seperti tahun-tahun sebelumnya,akan ada sambutan tahun baru yang diadakan di bandar-bandar besar seperti KL,Ipoh,Penang dan lain-lain.Siap dengan segala hiburannya dan juga pertunjukkan bunga api,namun mentaliti kita masih tak berubah walaupun angka tahun bergerak meninggalkan kita.

Kepada para pembaca asblogger.com,maaf dipinta andai ada terkasar bahasa sepanjang tahun 2007.Maaf juga kerana baru hari ini saya berpeluang untuk menulis,dengan masalah sambungan internet yang tiada,kerja-kerja publisiti bagi program yang saya sertai dan juga kerana kesibukkan minggu daftar kos di U saya.

InsyaAllah,tahun ini tahun akhir saya di U.Doakan kejayaan saya di sini dan semoga saya akan cepat-cepat mendapat kerja setelah saya tamat belajar.

Nantikan artikel-artikel menarik daripada saya pada edisi akan datang!

Wassalam…

awqi_zar a.k.a naem

Random Posts

Mengenai entri ini

Entri ini telah ditulis dengan jayanya pada January 2nd, 2008 jam 6:35 pm dan diletakkan di bawah kategori Saya. Anda boleh meragut atau mencopet RSS 2.0 feed blog ini sekiranya mahu. Anda digalakkan meninggalkan komen, atau pun membuat trackback dari blog anda sendiri.

8 respon untuk entri “Selamat Tahun Baru 2008.”

  1. afham

    yups!
    selamat tahun baru!


  2. abdfatah

    selamat laa untuk tahun baru. moga maju jaya hendaknya untuk masa depan yang cerah dan terang menderang…


  3. starline

    semoga tahun 2008 lebih baik dari segi sikap,kewangan dan kesihatan.

    Pesanan untuk diri sendiri dan semua


  4. melayubuntu

    bro…lama xupdate..bz anak sekolah ker? ekeke…


  5. awqi_zar

    @afham @starline
    selamat jgak utk korg yek..


  6. awqi_zar

    @abdfatagh
    semoga berjaya dgn apa jua pekerjaan..


  7. awqi_zar

    @melayubuntu
    hoho..sori la bro..line internet xde..pas2 bz dgn projek kolej..dh la final year,bz dgn projek thun akhir..anyway,ak akan cuba jgak update blog nie yek..


  8. titan

    Yap. Selamat tahun baru. Semoga tahun baru lebih bersinar. Selamat menyambut maal hijrah jugak!


Tinggalkan komen