Pintasan → entri / sidebar / RSS




Mahukan tema untuk blog Wordpress anda ala-ala Digg.Com?Apa kata anda gunakan Digsem iaitu tema Wordpress hasil daripada gabungan idea tema Digg dan SEM (Search Engine Marketing). Tema Digsem ini hampir menyamai tema laman Digg.Com dan yang pasti, tema ini boleh dimuat-turun tanpa dikenakan apa-apa bayaran (percuma).

[more][demo][download]

Seperti juga tema Digg, tema ini menggunakan header berwarna biru dan hijau dengan latarbelakang warna putih, mempunyai 2 kolum dan lengkap dengan butang ‘Digg’.

Walaupun mesra Search Engine Marketing, tema Digsem ini tidak mesra Adsense bagi yang mengutamakan Adsense sebagai sumber utama ‘make money online’nya. Bagi yang mahukan tema yang mesra Adsense, anda patut mencuba tema EasyWordpress oleh saudara Gobala.