Pintasan → entri / sidebar / RSS




Bagi yang meminati bidang rekaan atau ‘design’ menggunakan perisian Adobe Photoshop, anda patut muat-turun Ebook “The Photoshop Anthology” kerana ianya percuma. Ebook setebal 278 muka-surat boleh anda muat-turun melalui laman Sitepoint Dot Com, hanya berikan email anda dan pautan untuk muat-turun ebook tersebut akan diberikan.

Ebook percuma ini ada hadnya, anda ada lebih kurang 27 hari lagi untuk muat-turun The Photoshop Anthology ini(semasa artikel ditulis). Dan bagi yang tak mahu memberikan email, anda boleh muat-turun ebook The Photoshop Anthology melalui pautan di blog Digital Inspiration.

Baru-baru ini saudara syahid_zul dari melayubuntu telah pun membukukan majalah berkenaan Ubuntu iaitu eMaj Ubuntu for Malaysian untuk tatapan anda.Apa yang pasti,ebook ini adalah percuma untuk dimuat-turun.Walaupun percuma,isi kandungannya adalah mahal bagi anda.Bagi yang baru berjinak-jinak dengan perisian sumber terbuka (OpenSource),bolehlah jadikan eMaj ini sebagai panduan dalam memilih perisian yang ingin dicuba.

eMaj ini boleh dimuat-turun di laman web savefile ataupun box dan bagi yang tak mahu memuat-turunnya bolehlah membaca ebook ini secara online melalui laman scribd.

p/s: Kemaskini terbaru dari blog rasmi melayubuntu menunjukkan eMaj Ubuntu for Malaysian mendapat sambutan hangat daripada para pembaca.

Majalah panduan dan info bagi para IM telah pun diterbitkan beberapa jam lalu.Majalah IM #2 Edisi Mac ini boleh didapati di laman rasmi MajalahIM.Com.Ia terbit bersama dengan peningkatan pada isi kandungan dan juga reka-bentuk majalah tersebut.

Majalah kali mengupas tentang tips mempromosi direktori bagi yang telah mempunyai direktori sendiri atau yang baru hendak memulakannya.Juga 7 langkah persediaan sebelum menulis salesletter,strategi pemasaran produk affiliate yang terbukti berkesan dan banyak lagi artikel menarik di dalamnya.

Majalah IM edisi juga boleh didapati di laman rasmi tanpa perlu mendaftar.Syabas Team MajalahIM!

Selanjutnya»