Pintasan → entri / sidebar / RSS




Baru-baru ini, Google telah pun menukar logo favicon mereka ke bentuk yang lebih ‘funky’. Sejak dari itu, mereka telah pun menerima pelbagai komen daripada komuniti blogger di seluruh dunia.

Bagi menghargai segala komen dan nasihat daripada komuniti blogger, pihak Google telah pun membuka peluang untuk mereka-cipta logo favicon Google yang baru dan mungkin logo-logo yang dihantar akan digunakan oleh Google oleh kerana favicon yang diguna-pakai sekarang masih di dalam peringkat percubaan.

Syarat-syarat:

Note: We’ll accept entries only through this form until June 20, 2008. You must be of a legal age to form a binding contract to participate.

Here are the technical requirements for your submission:

  • resolution: 16 pixel x 16 pixel image
  • format: .png, .gif, or .ico
  • size: 5 KB
  • transparency: 32 bit alpha transparency

Untuk maklumat lanjut dan ingin mengetahui cara untuk menghantar favicon rekaan anda, sila lawati laman rasmi Google Favicon atau pun blog rasmi Google untuk maklumat-maklumat dan kemaskini terbaru.

Enjin pencarian seperti Google, Yahoo! dan MSN sesuai dalam pencarian melibatkan teks seperti pencarian berkenaan maklumat, info, fakta dan sebagainya tetapi dalam bentuk artikel atau tulisan. Tetapi bagaimana dengan carian untuk imej terutamanya ikon(icon)? Google images menawarkan pencarian untuk imej atau gambar tetapi tidaklah menumpukan kepada carian untuk ikon.

IconLook.Com - Search engine untuk icon.

Bagaimana caranya melakukan carian untuk ikon tetapi dengan cara yang efektif? Jadi Iconlook.Com merupakan tempat yang tepat untuk anda mencari ikon-ikon yang ingin digunakan di dalam projek anda. Iconlook.Com merupakan enjin carian yang dikhaskan untuk ikon-ikon sahaja.

Antaramuka keputusan carian untuk ikon ‘windows’.

Dengan Iconlook.Com, anda boleh melakukan carian untuk ikon dengan saiz 12×12, 16×16, 22×22, 32×32, 48×48, 64×64 dan juga 128×128. Bagi yang tidak ada idea bagaimana mula mencari ikon yang diingini, anda boleh gunakan fungsi Tag Cloud dan Popular icon sebagai panduan.

Antara info yang ditunjukkan.

Bagi tiap-tiap ikon disediakan pautan untuk memuat-turun dan juga laman asal ikon tersebut. Lesen pemakaian ikon tertentu ada juga ditunjukkan sebagai panduan pemakaian. Sememangnya Iconlook.Com telah memudahkan kerja anda untuk mencari ikon-ikon yang ingin digunakan di dalam grafik, favicon dan sebagainya.