Bagi yang mengenal apa itu ‘rip’ pasti memerlukan ‘video compression‘ ini terutamanya daripada Divx.’rip’ atau ‘ripping’ iaitu proses mengambil kandungan seperti Video atau Audio daripada Cd ataupun DVD untuk dipindahkan ke dalam hard-disk atau medium lain.
Kebiasaanya,video atau audio yang telah di’rip akan dikecilkan saiznya untuk menjimatkan ruang dan ini dipanggil ‘video compression’ bagi video dan sebaliknya.Salah-satu perisian yang paling molek untuk proses ini ialah Divx.
Bagi para ‘ripper’,Divx menawarkan kepada anda perisian ini secara percuma bersempena musim cuti.Nilai asal perisian ini ialah $20 tetapi anda boleh dapatkannya secara percuma sehingga diberitahu kelak.
Langkah 1: Muat-turun perisian Divx ini di laman web divx.com.Sila pilih installer untuk pengguna Windows atau Mac.



