Sewaktu anda membeli alatan elektrik seperti laptop, printer mahupun peralalan lain. Disertakan bersama panduan atau ‘manual’ tentang tatacara pemakaian alatan tersebut. Diceritakan cara bagaimana memasang dan menggunakan peralatan tersebut. Ia cukup penting bagi anda agar tak tersilap langkah tetapi bagaimana pula buku panduan atau ‘manual’ ini hilang atau pun telah dibuang secara tak sengaja?

Ada sambungan internet?Jadi usah bimbang, SafeManuals.Com merupakan jalan penyelesaiannya. SafeManuals.Com merupakan laman web mengumpul pelbagai buku panduan atau ‘manual’ daripada pelbagai produk dan pengeluar. Laman SafeManuals.Com juga merupakan laman yang dijana oleh komuniti di mana anda boleh menyumbang ‘manual’ yang ada dengan memuat-naik buku panduan tersebut ke laman web SafeManuals.Com.