Pintasan → entri / sidebar / RSS




Berapa ramai daripada kita yang tahu akan perkembangan dalam bidang teknologi maklumat terutamanya bidang ‘Internet Industry’ di Asia? Mungkin ada di antara pembaca blog ini yang tak tahu langsung akan perkembangan ‘Internet Industry’ di Asia.

Jadi OpenWeb.Asia telah ditubuhkan sebagai medium untuk memberitahu segala perkembangan yang berlaku pada Industri Internet di Asia terutamanya pada dunia Eropah yang kini mendominasi industri tersebut.

OpenWeb.Asia bukan sahaja laman web yang menyenaraikan beberapa blog fokus terhadap industri internet Asia tetapi juga sebagai penganjur kepada OpenWeb Asia 08′ - the first pan-Asia conference.

Setakat ini, OpenWeb.Asia Workgroup terdiri daripada ahli daripada negara China, Japan, Korea, India, Singapore, Malaysia, Vietnam, Hong Kong dan akan berkembang ke negara Asia lain.

Selanjutnya»

Sudah lama Web1.0 ditinggalkan dan kini Web2.0 sedang kita digunakan, pengertian Web2.0 sangat luas dan setakat ini pengertiannya secara tepat masih lagi di dalam perbincangan. Tapi apa yang pasti, Web2.0 berpusatkan kepada kita(pengguna) atau lebih tepat lagi dipanggil sosial atau ’social’. Pernah dengar perkataan ’social networking’, ’social media’ dan juga ’social bookmarking’? Itu semua dijanakan oleh sosial terdiri daripada pengguna(kita).

Mungkin anda patut lihat video di bawah ini, tiga video yang memberi penerangan secara mudah kepada anda apa itu ’social networking’, ’social media’ dan juga ’social bookmarking’. Sebagai blogger, anda tergolong di dalam ’social media’.

Selanjutnya»