Baru-baru ini saudara syahid_zul dari melayubuntu telah pun membukukan majalah berkenaan Ubuntu iaitu eMaj Ubuntu for Malaysian untuk tatapan anda.Apa yang pasti,ebook ini adalah percuma untuk dimuat-turun.Walaupun percuma,isi kandungannya adalah mahal bagi anda.Bagi yang baru berjinak-jinak dengan perisian sumber terbuka (OpenSource),bolehlah jadikan eMaj ini sebagai panduan dalam memilih perisian yang ingin dicuba.

eMaj ini boleh dimuat-turun di laman web savefile ataupun box dan bagi yang tak mahu memuat-turunnya bolehlah membaca ebook ini secara online melalui laman scribd.
p/s: Kemaskini terbaru dari blog rasmi melayubuntu menunjukkan eMaj Ubuntu for Malaysian mendapat sambutan hangat daripada para pembaca.


