Laman Youtube Dot Com hanya mempunyai enjin carian dan tak menyediakan fungsi untuk memuat-turun video. Jadi apabila terjumpa yang diminati atau amat bermakna dan ingin dimuat-turun, perlu mencari laman web lain yang menyediakan perkhidmatan muat-turun atau pun menggunakan perisian tertentu untuk melakukan muat-turun. Bagi yang tergesa-gesa untuk memuat-turun, perkara ini adalah membuang masa.

Jadi, laman Extractyoutube.Com telah mengambil idea tersebut dengan melengkapkan lamannya dengan menyediakan perkhidmatan muat-turun. Proses memuat-turun video kegemaran anda adalah semudah mencari video yang dingini dan setelah hasil carian dikumpulkan, tekan butang ‘download’ dengan ‘mouse over’ pada video yang berkenan. Satu kotak akan muncul di ruangan ’search’, untuk muat-turun tekan butang ‘Download and Save in .flv Extension’.

Anda juga boleh memuat-turun video-video dari laman Youtube menggunakan alamat atau URL video itu sahaja dengan Extractyoutube.Com.