Pintasan → entri / sidebar / RSS




Pada usia yang muda, anak-anak yang berumur di antara 6bulan hingga 6tahun akan menerima segala macam input yang diberikan. Oleh kerana tidak dapat berfikir dengan sendiri, maka mereka tidak dapat membezakan di antara yang baik dengan yang buruk.

Jadi ibubapalah yang akan menentukan segala macam input yang diberikan. Video merupakan antara input yang baik di dalam proses pembelajaran mereka kerana ia melibatkan deria penglihatan dan pendengaran, tetapi bagaimana mahu mencari video-video yang sesuai dengan umur mereka?

TotLol.Com - video online for children.

Lantaran itu, laman web Totlol.Com dengan tagline mereka ‘Daddy, Mommy More Video’ mengambil inisiatif untuk mengindeks video-video yang bersesuaian. Menggunakan API daripada laman Youtube, Totlol.Com menyajikan video-video yang bukan sahaja boleh dinikmati oleh kanak-kanak tetapi juga para ibu bapa.

Totlol is a brand new community-moderated video website designed to be enjoyed by those between the ages of 6 months and 6 years.

Totlol.Com bukanlah semata-mata laman video untuk anak-anak mempelajari sesuatu seperti bahasa, matematik dan sebagainya tetapi juga boleh menjadi tempat untuk ibubapa bersama anak-anak melepaskan masa lapang bersama. Video bukan sahaja sebagai wadah pembelajaran tetapi juga wadah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Tak semua video itu buruk dan layak digelar sampah, terpulanglah kepada kita untuk memilihnya.

Laman Youtube Dot Com hanya mempunyai enjin carian dan tak menyediakan fungsi untuk memuat-turun video. Jadi apabila terjumpa yang diminati atau amat bermakna dan ingin dimuat-turun, perlu mencari laman web lain yang menyediakan perkhidmatan muat-turun atau pun menggunakan perisian tertentu untuk melakukan muat-turun. Bagi yang tergesa-gesa untuk memuat-turun, perkara ini adalah membuang masa.

Jadi, laman Extractyoutube.Com telah mengambil idea tersebut dengan melengkapkan lamannya dengan menyediakan perkhidmatan muat-turun. Proses memuat-turun video kegemaran anda adalah semudah mencari video yang dingini dan setelah hasil carian dikumpulkan, tekan butang ‘download’ dengan ‘mouse over’ pada video yang berkenan. Satu kotak akan muncul di ruangan ’search’, untuk muat-turun tekan butang ‘Download and Save in .flv Extension’.

Anda juga boleh memuat-turun video-video dari laman Youtube menggunakan alamat atau URL video itu sahaja dengan Extractyoutube.Com.

Selanjutnya»

Saban hari, ada sahaja video yang akan dipadamkan daripada laman Youtube untuk tontonan umum. Biasanya video yang dipadam adalah yang melanggar akta hak cipta video tersebut kerana Youtube tertakluk di bawah Digital Millennium Copyright Act dan ia perlu memadamkan video yang melanggar akta tersebut.

MIT Free Culture telah menjalankan satu projek yang dinamakan YouTomb, projek ini mengindeks segala video yang telah dipadamkan dari Yotube. Ia bukan sahaja mengindeks video yang telah dipadam tetapi juga menyimpan maklumat seperti masa ia dipadam, masa ia berada di Youtube, url video tersebut, masa video tersebut di muat-naik dan juga pihak yang mempunyai hak ke atas video tersebut atau pun pihak yang menyuruh pengurusan Youtube untuk memadamkan video tersebut.

Selanjutnya»

Video ini daripada band underground baru kiranya iaitu Hujan,tajuk lagu yang dibawa ialah Bila Aku Sudah Tiada.Disebabkan pengaruh rakan-sebilik,lagu band Hujan ini terlayan oleh saya.Untuk peminat band Hujan atau yang mula meminatkan diri,silalah lawati laman web peminat mereka di hujan.org.

[kml_flashembed movie="http://youtube.com/v/BAbS2SUwvYs" width="425" height="350" wmode="transparent" /]

Selanjutnya»

Amaran: Berani buat,berani tanggung!

Bagi pekerja pejabat yang bergantung kepada internet untuk melakukan tugasan,mungkin hanya sesetengah sahaja laman web yang boleh diakses dan ini tidak lain tidak bukan adalah kerja ‘musang dinding berapi’ yang menghadkan hanya web-web tertentu sahaja yang boleh dicapai.

Mungkin anda tidak boleh memeriksa peti e-mail anda atau melihat video online atau melihat blog anda sendiri dan sebagainya.Di bawah disenaraikan beberapa alternatif lain yang mungkin anda boleh cuba untuk melepasi kawalan ‘dinding berapi’ atau firewall pejabat anda;

Muat-turun video online dengan vixy.

Video online;
Anda tidak boleh melihat video online di laman web seperti youtube tapi anda boleh maut-turun video tersebut.Dengan menggunakan vixy.net anda hanya perlu url video tertentu dan muat-turnnya dalam pelbagai format video atau dalam format mp3.

Selanjutnya»