Pada usia yang muda, anak-anak yang berumur di antara 6bulan hingga 6tahun akan menerima segala macam input yang diberikan. Oleh kerana tidak dapat berfikir dengan sendiri, maka mereka tidak dapat membezakan di antara yang baik dengan yang buruk.
Jadi ibubapalah yang akan menentukan segala macam input yang diberikan. Video merupakan antara input yang baik di dalam proses pembelajaran mereka kerana ia melibatkan deria penglihatan dan pendengaran, tetapi bagaimana mahu mencari video-video yang sesuai dengan umur mereka?

TotLol.Com - video online for children.
Lantaran itu, laman web Totlol.Com dengan tagline mereka ‘Daddy, Mommy More Video’ mengambil inisiatif untuk mengindeks video-video yang bersesuaian. Menggunakan API daripada laman Youtube, Totlol.Com menyajikan video-video yang bukan sahaja boleh dinikmati oleh kanak-kanak tetapi juga para ibu bapa.
Totlol is a brand new community-moderated video website designed to be enjoyed by those between the ages of 6 months and 6 years.
Totlol.Com bukanlah semata-mata laman video untuk anak-anak mempelajari sesuatu seperti bahasa, matematik dan sebagainya tetapi juga boleh menjadi tempat untuk ibubapa bersama anak-anak melepaskan masa lapang bersama. Video bukan sahaja sebagai wadah pembelajaran tetapi juga wadah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Tak semua video itu buruk dan layak digelar sampah, terpulanglah kepada kita untuk memilihnya.
zool
June 9th, 2008 (#)
Lama ku tak singgah sini..
Hm.. sesuai kah web ni untukku yang masih belum dipunyai lagi???
Huhuhuhuhu
awqi_zar
June 10th, 2008 (#)
@zool
allo bro zool..
lme jgak xtgk blog bro..hehe..
heh..seswai jek..ngehngeh..