Veoh is no longer available in Malaysia.

Posted by awqi_zar on May 31, 2008 in Movie, Santai, Software, Web5 comments

Kini laman ‘video sharing’ terkenal iaitu Veoh.Com tidak lagi boleh dicapai di Malaysia sejak pagi tadi, maka tertutuplah satu lagi lubuk untuk memuat-turun video-video. Bagi yang tak tahu, laman Veoh.Com sama seperti laman Youtube.Com tetapi apa yang istimewanya laman Veoh.Com merupakan tempat di mana anda boleh mencari dan memuat-turun pelbagai drama bersiri dan movie daripada [...]

Kini laman ‘video sharing’ terkenal iaitu Veoh.Com tidak lagi boleh dicapai di Malaysia sejak pagi tadi, maka tertutuplah satu lagi lubuk untuk memuat-turun video-video. Bagi yang tak tahu, laman Veoh.Com sama seperti laman Youtube.Com tetapi apa yang istimewanya laman Veoh.Com merupakan tempat di mana anda boleh mencari dan memuat-turun pelbagai drama bersiri dan movie daripada Korea dan Jepun juga drama-drama dari Taiwan dan Singapura.

Walau bagaimana pun, anda masih boleh mencapai laman Veoh.Com melalui proxy. Taip sahaja ‘proxy’ pada enjin carian dan cari laman yang menawarkan perkhidmatan proxy seperti laman HideMyAss.Com. Keburukan menggunakan ‘proxy’, capaian anda akan menjadi lambat sedikit daripada biasa.

Tetapi Veoh.Com tidak mem’block kesemua perkhidmatannya, fungsi carian dan muat-turun melalui perisian VeohTv masih lagi boleh digunakan setakat artikel ini ditulis.

Setakat ini tiada lagi pengumuman rasmi daripada blog Veoh.Com berkenaan hal ini.

Random Posts

5 reactions

» Comments RSS Feed

Trackbacks

Leave a comment